Monday, December 06, 2004

Tahniah Mrs Ila

Chewah... bertambah la bil member kita yg dah kawin ek, tahniah Ila, sorry tak dpt datang, tapi kt umah Shahrul nanti, Insya Allah aku dtg. So, mcmmana majlis smlm, ok tak??? hehehe Shahrul tido kt umah ke smlm, ok tak??? Jgn runtuh katil sudah, bak kata mala jgn cabut sampai besok. Hahahahahah, sori gurau jer....
Anyway, minggu ni minggu last aku keje kt sini, aku dpt cont contract, tapi x dpt benefit, so baik aku blah jer, cukup la 1 thn pengalaman aku keje kt sini. Kalu nak antar email kt aku antar kt policebutter@yahoo.com. Sementara x dpt keje lai ni, aku ingat nak jadi stewardess la plak, sambil2 tunggu dpt Gomen, starting gaji 3 lebih, fuhh lumayan tu, tapi kena asyik fly la. Tapi ok la time muda2 ni dpt tgk negeri org. Hmmm ok tak Mr Anatanoe??? Ni cadangan jer...
Smlm gi Shah Alam, lalu kt umah Ila, aku tgk keta Mijon ada, dia gi tak umah Ila kawin??? Malas nak singgah sbb dah mlm, kita jumpa next week jer la. OK, nanti nak mkn byk2 nasi minyak kt umah shahrul.

Monday, November 22, 2004

Renungan Syawal

Ni aku amik dr website pakdi, sori tak mntak izin, tp utk pengetahuan semua tak kisah la.

1. Nape jemaah Islam diglr propmbkng?

Ini adalah masalah perlabelan sesetengah pihak terhadap gerakan-gerakan Islam untuk menakutkan orang ramai kepada gerakan. Di Malaysia, gerakan-gerakan Islam memang sering disinonimkan dengan pembangkang. Sebab utamanya adalah, PAS adalah gerakan Islam terbesar di Malaysia dan ia menggunakan wasilah politik.
PAS adalah salah sebuah gerakan Islam yang menyertai pilihan raya dan sistem demokrasi tidak menghalang kewujudan pembangkang. Pembangkang perlu wujud sebagai agen check and balance. Namun, pembangkang sering digambarkan sebagai anasir jahat, penghalang kemajuan negara, penghalang perpaduan, agen penghasut, golongan anti-establishment dalam negara dan tidak lagi sebagai satu elemen berkesan untuk mengekang pemerintahan kuku besi (dictatorship). PAS masih belum memerintah Malaysia, justeru ia merupakan salah satu parti pembangkang di peringkat Persekutuan namun di Kelantan hari ini, PAS adalah pemerintah dan Barisan Nasional (BN) pula adalah pembangkang.
ABIM dan JIM merupakan gerakan Islam lain yang wujud di Malaysia. Matlamat mereka sama dengan PAS iaitu menegakkan syariat namun dengan kaedah yang berbeza, iaitu mereka bergerak dalam bentuk Non-Governmental Organisation (NGO), dan bukannya parti politik.
Disebabkan matlamat mereka yang sama dengan PAS, lalu mereka juga digelar pro-pembangkang. Mana-mana organisasi Islam lainnya yang matlamatnya sama dengan PAS, akan dapat gelaran yang sama - pro-pembangkang. Malah, sekiranya PAS menarik diri dari pilihan raya, sudah tentu gelaran lain pula akan diberikan mengikut kesesuaian lain.
Ini adalah satu lumrah dalam hidup seorang pejuang Islam. Nabi Muhammad saw dahulu pun digelar dengan pelbagai gelaran buruk seperti ahli sihir, orang gila, pemecah belah masyarakat dan sebagainya. Tetapi gelaran itu semua tidak sama sekali menutup kebenaran Islam.
Kalau di negara-negara lain, gerakan Islam disamakan dengan gerakan keganasan. Apabila terjadinya sesuatu kejadian buruk, maka dengan cepat gerakan Islam dituduh mendalangi keganasan tersebut. Hal ini bermula sejak kejadian 11 September dan trend menyamakan gerakan Islam dengan keganasan semakin lama semakin hebat.
Maka, apabila kita sudah berdakwah dan digelar dengan pelbagai gelaran yakinlah sesungguhnya kita berada di jalan yang benar. Firman Allah swt:
Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui. (al-Maidah:54)
Celaan dan perlabelan seharusnya tidak menjadikan kita lemah, tetapi kita seharusnya menjadi lebih kuat dan menganggap sebagai satu ujian bagi menjadikan kita seorang yang benar-benar iltizam dengan suruhan Allah dan RasulNya.

2. If orang bkn islam msk islam mrke diajar yang xde paksaan dlm islam,tp jike mreke murtad mreke dbunuh,bknkh itu paksaan agr mrk xkluar dr islam?
Ada 3 isu yang perlu dibincangkan.

1. Tiada paksaan dalam menganut agama IslamIslam sama sekali tidak memaksa mana-mana manusia menjadi Muslim. Terpulang kepada setiap individu untuk beriman kepada Allah dan Rasul ataupun tidak. Ini adalah jelas disebut dalam Quran.
Paksaan menganut agama Islam adalah berbeza dengan kewajipan melaksanakan tuntutan Islam. Seseorang yang masih belum Muslim, maka dia sama sekali tidak perlu bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan kewajipan lain. Malah sekiranya dilaksanakan undang-undang Islam, dia boleh memilih sama ada mahu dihukum dengan hukuman Islam ataupun tidak.
Namun, bagi mereka yang sudah menjadi Muslim, maka kita terikat dengan kewajipan untuk melaksanakan semua suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Tidak ada alasan bagi seorang Muslim untuk sengaja meninggalkan kewajipan yang difardhukan ke atas kita.
Namun, persoalan 'kebebasan dalam Islam' sering dikelirukan. Analogi mudah dengan kehidupan seorang tentera. Negara tidak pernah memaksa rakyatnya untuk menyertai tentera. Mahu jadi tentera atau tidak, itu pilihan masing-masing. Tetapi, apabila sudah menjadi tentera maka kita perlu patuh dengan undang-undang tentera. Ada masanya tentera perlu memakai pakaian seragam tentera dan ada masanya tentera dibenarkan memakai pakaian orang awam. Malah, ada ketikanya anggota tentera tidak boleh bercuti sama seperti penjawat awam yang lain.
Orang tidak pernah mempersoalkan undang-undang tentera kerana mereka faham. Tetapi Islam sering dicemuh 'tidak ada kebebasan' sebab menyuruh penganutnya menutup aurat, jangan berjudi, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, dan sebagainya. Ini disebabkan orang yang mencemuh itu tadi tidak pernah faham tentang Islam. Sedangkan, semua orang Islam wajib untuk patuh dengan ajaran Islam seperti mana seorang tentera perlu patuh dengan undang-undang tentera selagi mana dia menjadi anggota tentera.

2. Keluar dari agama IslamKeluar dari agama Islam ataupun murtad merupakan jenayah yang besar dalam Islam. Murtad menandakan seseorang itu telah mungkir janji kepada Allah swt. Kalau berjanji sesama manusia dan ia dimungkiri pun boleh menjadi kesalahan, inikan pula berjanji kepada Allah, Tuhan dan Pencipta Alam ini.
Murtad hukumannya adalah bunuh. Namun bukan semua orang yang murtad ini terus dibunuh dan boleh dibunuh. Ada peringkat dan syarat yang tertentu.
Memilih untuk murtad sama sahaja dengan memilih untuk menjadi seorang pencuri dan jenayah lain. Nak murtad murtadlah, tetapi ada hukuman menanti. Nak mencuri pun mencurilah, tetapi ada hukuman yang menanti. Sebab ia adalah perbuatan jenayah yang digariskan dalam Islam. Kita tidak mampu menghalang seseorang itu murtad, tetapi apabila didapati bersalah tanpa sebarang syubhah, maka hukumannya adalah bunuh.
Orang murtad masih dihukum dengan hukuman Islam kerana dia melakukan jenayah semasa masih menjadi seorang Muslim. Maka, hanya undang-undang Islam sahaja yang boleh dilaksanakan terhadap kesalahan murtad itu tadi. Dia boleh lari dari pihak berkuasa, tetapi dia akan menjadi buruan akibat perbuatan jenayahnya.
Sama seperti seorang pencuri di negara kita. Kalaupun dia lari ke Singapura, dia masih dikehendaki sebagai penjenayah di Malaysia. Adakah perbuatan lari dari Malaysia membebaskan dirinya dari dihukum selaku seorang pencuri mengikut undang-undang Malaysia?

3. Tidak ada hukuman had sekiranya wujud syubhahSekiranya sesuatu kes murtad berlaku, maka ia perlu diselidiki. Perlaksanaan hukuman tidak berlaku sewenang-wenangnya. Hukuman bunuh itu tadi hanya boleh dikenakan sekiranya memang benar dia memilih untuk murtad setelah dia faham Islam. Sekiranya dia murtad dalam keadaan dia jahil terhadap Islam, maka tindakan lain seperti kaunseling, sesi penerangan terhadap Islam, sesi diskusi akan dilaksanakan.
Seorang graduan Syariah yang murtad adalah berbeza dengan seorang yang jahil agama yang murtad. Sama keadaannya seperti orang yang mencuri sebab kelaparan dan yang mencuri sedangkan dia boleh mencari rezeki yang halal lagi.
Justeru, apabila ada orang yang mahu kenal Islam, perkara asas yang perlu diajar adalah tauhid dan ibadah-ibadah khusus. Persoalan murtad bukanlah perkara paling penting untuk diajarkan kepada mereka yang mahu kenal Islam kerana asas-asas Islam tidak wujud lagi dalam diri mereka. Maka, apabila kita terus sebut hukuman murtad adalah bunuh maka sudah tentu ia akan menambahkan ketakutan terhadap Islam. Biarlah kemanisan menjadi seorang Muslim dirasai terlebih dahulu sebelum kita mengajar sesuatu perkara yang memerlukan kefahaman Islam yang jelas.
Nak jadi jurutera pun, kena mahir tambah tolak bahagi darab terlebih dahulu. Mana mungkin kita boleh mengajarkan seseorang itu ilmu algebra, trigonometri, bulatan dan sebagainya kepada budak darjah 1. Sudah tentu, budak darjah 1 tadi akan berasa takut dengan subjek matematik sebab merasai susah dalam pembelajaran. Biarlah budak darjah 1 merasai seronok bermain dengan nombor dahulu dan apabila asas matematik sudah kukuh, barulah subjek seperti pure math diajar di peringkat yang lebih tinggi bukan?
Wallahua'lam

Hari yg tak best, coz dah start keje...

Hai hai hai, i'm back again. Hari ni start keje, mmm mcm malas jer nak tinggalkn kelate n dtg sini, nasib baik la ada tunang ku disini, tu jer la yg buat aku ok sket nak dtg sini. Balik kelate ari tu, terkejut gak ler tgk perubahan mendadak Kota Bharu, mcm mcm adaaaa. Byk bangunan baru naik, esp shop lot, ada yg mcm ala2 bangsar, n ada satu shopping complex baru yg mcm One Utama, not bad la, cuma tak buka semua lai.
Tapi apa yg tak penah berubah kt kelate ialah, mknn nyer tetap the best, aku balik tibai puas2 mknn, esp buah tanjung, nyum nyum manis lai berkrim. Aku ingat lai, ada sorang member ofis nak gi kelate utk segmen MHI, sblm pegi dia tanya aku, pakaian mcm mana nak pakai kt kelate, aku ckp pakai mcm biasa la, mcm dia pakai skang ni, kebetulan dia pun bertudung. Balik dari sana, dia ckp mknn mmg best, kain baju murah2 n lawa n yg plg penting baru dia tahu yg kelate ni lain dari yg lain. Tak cayer dtg sendiri ler.
Anyway, masa tunang tu mmg best sbb mcm reunion budak2 sekolah aku pn ada, perjumpaan semua sedara mara n kawan2 lama yg dr kecik lai. Mmg ramai giler, sbb ari raya. Budak2 UiTM yg dtg ialah Wan Rusydi, Pijo, Mat Mi, Pok Ga, Ro n Qayyu. Semua budak2 kelate la, nasib la tunang aku ramai member ore kelate .
Theme caler ialah pink, nanti la aku load gambar kt sini, aku tak bwk lai gambar coz mak aku nak tunjuk kt geng2 dia lak. Apa la yer, hehhehe, tak tahu la korang tapi ari tu, Tan dtg gak sini. Selalu nyer org laki tak dtg kan, tapi utk org jauh boleh la, kitaorg takde la ikut adat sgt, janji tunang, abis cerita. Itu sajo, nanti kita citer lai.

Friday, November 05, 2004

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wei korang2 semua, aku disini ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.
To Kak Shima, Mala, Ila, Dayah, Cat, Pony, Rizal n Nan : Aku nak minta maaf banyak2 kalu ada terkasar bahasa or ada buat korang tersinggung dlm blog ni. Aku pun nak minta maaf kt ex-housemate masa kt 24 n 9 dulu. I love u all n kenangan kt sek 9 mmg plg best. Especially time main masak2 n masa mijun n etc terlompat2 atas katil sbb ada tikus. hahaha. Aku pun ingat lai masa budak umah Nan dtd buka pose kt umah kita. Hhahahah. Abg Min siap bwk makanan lai.
Dulu selalu buka pose kt bilik depan, sambil tgk citer jepun, ingat tak??? Tapi kita sempat pose sekali jer la kt sek 9, coz lepas tu kita pose time cuti kan.
To Romatan Bin Romainor : Kita jumpa balik Raya ke-3 ni ok.

p/s: Ila kim salam kt yg lain ok n Selamat Pengantin Baru.


AKU BALIK MALAM NI, OK LA GUYZ ENJOY YOUR HARI RAYA HOLIDAY, BUBBYEE....



Wednesday, November 03, 2004

WHAT'S UP BABY!!!!

Apa citer, lama tak mengomel dlm ni, almaklum la ari Isnin cuti, ari Selasa aku mc, demam. Hari Rabu, aku tgh mengadap depan pc ni la. Bagus gak dpt daging subsidi raya ni. Dpt la beli daging separuh harga, amik kt stesen tv3 kt Peringat. Boleh la buat gulai menyambut bakal menantu. kekekeh.

So, Kak Shima, saper lai yg join buka pose ari Ahad ni??? Boleh senaraikan tak yg dah confirm. Sek 24 kt restoran mana???

Kesian kan pasal Dato' Kak Pah, tak sangka dia buat2. Member dah lama citer yg dia mmg mcm ada yg tak betul sket, n dengki kat Siti Payung, tapi kita still tak nak cayer. Last2 betul gak. Malu nyer jadi dia. Tapi lai malu kalu jadi anak dia. Cian kan
Kesimpulannyer akak kt dept Admin aku citer, jgn derhaka kt mak bapak.

Oh lupa la pulak. Ari Ahad aku n Tan gi KLCC, nak survey cincin, KLCC SALE GILER BABAN. Masa kt TopShop aku jumpa Pony. Dia dah tak keje kt company lama, dia amik HSBC tu. Gaji dlm 2 lebih la. Tapi takde cuti raya. cuti krismas je pjg. Klau korang nak ke mcm tu. Aku, klau dia bagi gaji 5 ribu baru aku nak. tupun aku tak stay lama la. Ish tak dpt ku bayang kan adik beradik kau tgh cium tangan mak bapak kau, tapi kau lak masih kt pejabat, ish ish isk tak nak..........

Friday, October 29, 2004

Terima lah seadanye........

jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail..hendaklah kamu mengambil ikan itu..jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..ke dalam air begitu saja..kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..jangan terlalu mengharap pada takungannya..dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya..dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..sedangkan jika kamu memaafkannya..boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang kamu pasti baik untuk diri kamu..mengenyangkan..berkhasiat..mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..menyayangimu..mengasihimu..mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..kamu juga akan menyesal..

Monday, October 25, 2004

Apa2 la la labu.

Smlm aku gi umah Ila, tapi minah tu on d way balik, so tak sempat la jumpa. Hampeh ko Ila, aku dah cakap nak singgah umah ko kan. Nape la ko tak tinggal kad kawin ko kt Mijon. Nasib baik la minah tu ada, so dapat la aku mengisi masa lapang kt sana ngan infotainmen dr Mijon. Korang nak gi makan Eastin Hotel ek?? Kim salam la semua member, aku tak dapat la nak ikut. Lepas Raya maybe boleh, tupun kalu ada member yg dah kawin nak buat open house, hehehehhe.

Lagi 2 minggu dah balik kg, yabeda bedu, best nyer.

Thursday, October 21, 2004

Cuti Raya

Aku apply cuti 10 hb sampai 19hb. So aku balik kelate 9hb mlm sampai la 21 hb mlm. Best giler, sempat gak ler berpuasa kt umah, Insya Allah. Baju tunang pn dah siap cuma tak gi amik lai. Semuanyer dah siap kecuali cincin. Tak per cincin Tan akan belikan. Apa lai yer, make up aku dah beli, oh lupa kasut tak beli lai. Aku buat yg simple2 aje.

Baju raya dah nak siap, mintak2 la gaji dapat sblm aku balik, so boleh la beli biskut raya kt mak aku. Wei kt Kelate dah ada secret recipe, aku ingat nak tempah utk kek tunang. Wei korang2 yg dah bekerja, kena bagi duit raya ker???? Aku tak mampu lai la, nasib la takde anak sedara or cousin yg kenit2. Adik aku kalu dia mintak aku bagi penumbuk jer. hahahahha.


Friday, October 15, 2004

Coretan 1 Ramadan

Tadi masa on d way ke ofis, dgr radio Era, ada la sorang mamat ni dia nak lepaskn geram kt wife dia. 1st Ramadan, isteri dia dah tanya nak balik KG saper, pastu bini dia suruh balik kg dia. Pastu marah2 kononnyer husband dia tak nak jumpa mak dia la, tahun lepas dah balik umah mak mertua dia la, n bla bla. Masa husband dia hantar wife dia kt ofis, nampak la anting2 dlm keta, apa lai wife dia tuduh husband dia bawak pompuan lain dlm keta, walhal tu anting2 wife dia sendiri. Tapi aku tabik spring la kt husband dia, coz sanggup buat pengumuman kt Era yg Dia betul2 cintakn wife dia n nak kekal selamanyer, husband dia siap mention nama penuh wife dia lai. Pastu janji akan balik kg wife dia time raya ni. Dlm kul 8.58 Era announce ada kejutan utk laki tadi, tapi kau tak sempat nak dgr coz dah masuk ofis, budak ofis aku ckp Era nak call balik Wife dia, kalu korang tahu cerita selanjutnyer, cerita la kt aku.

Satu lai berita sensasi psl Biduanita kita. Smlm aku tgk nightline, Syarifah Aini kena belasah, org TV3 antar dia ke hospital, kalu korang baca berita harian ari ni, dia kena suntik ngan laki yg belasah dia tu, ish ish teruk kan, saper la yg jahat berhati binatang tu. Cuba bayangkn kalu cecair yg disuntik tu ialh virus. Org kt Malaysia sjang ni dah ramai yg jadi samseng.

Mlm ni gi terawih ker??? kalu kt seksyen 2 dulu rajin ler, coz surau sebelah jer. Dah la mlm ni citer Korea best, tapi kalu surau sebelah umah aku gi jer (alasan). Tgk ler mcm mana.


Thursday, October 14, 2004

3 stooges




Sajer je nak enterframe

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Hai Kawan2 yg dirahmati semua, Selamat menyambut kedatangan bulan yg paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Mlm ni dah start terawihkan, so rajin2 la pergi semayang terawih (hehheeh, mcm rajin). Time ni la yg buat aku sedih, coz rasa2 mcm nak balik kelate jer. Klau kt umah rajin gi semayang terawih ni coz parents aku esp ayah aku tak penah miss semayang terawih.
Klau malas sgt aku mesti pikir mcm ni, pahala pn dapat, dosa pn terhapus, n yg selalu aku dok pikir ialah, semayang terawih boleh kurus wooo. Kepala pn tak pening, mknn cepat hadam, so tak yah la korang lepas buka puasa belari keliling umah. So penting la utk aku kelihatan jelita time tunang, yes yes yes.
Puasa kt Kelate best woo, mknn dia dasyat, boleh rambang mata. Lepas ni nak apply cuti, puasa kt Kampung, yahoo.

Friday, October 08, 2004

Saper Menang

AKU SUKA LAGU "PUTERI" NYANYIAN ZAINAL ABIDIN!!!!

Suka sangat, nyanyi la kt kita, nyanyi ler. hehehhe...............NYANYI LA

Aku dapat 7 tiket vip utk Malaysian Idol, tak tahu lai samada nak gi ari ni or beshok. Klau tak jadi rugi la plak tiket ni, VIP lai tu. Korang rasa saper menang. Aku tak kisah saper mennag, tapi kalu boleh nak melayu la. Tapi aku rasa Jac kot. Korang rasa???

Wei Mala ajak kuar esok tak nak ker????

OK la lantak korang ler, have a nice weekend, see you next week!!!

Thursday, October 07, 2004

Puasa Ganti

Wahai kaum2 hawa, korang dah ganti puasa ker??? Aku lai 2 hari. Alkisah nyer aku puasa hari ni tapi tiba2 jer head aku nak belanja mkn, ish ish . Kalu korang nak tahu ni dah 2 kali aku buka puasa di siang hari gara2 org2 ofis aku ni mmg semuanyer kaki belanja mkn. Hari tu gi OU, pastu bau laksa, oh aku terpedaya lagi. Ari ni aku tak tau lai nak buka ke tak, tp mengikut perkiraan aku, heheh....
Kenapa la diorg ni nak belanja mkn time kbykn kaum2 hawa tgh dok bayar puasa. Sbb tu la kalu aku dtg ofis, klau org ajak breakfast awal2 lai dgn suara yg lantang supaya satu dept dengar, aku akn cakap "SAYA PUASA" so kalu aku nak buka puasa aku akn malu, kalu dah malu takkan nak buka puasa la, betul tak.
Tapi naper la ari ni takder org ajak aku breakfast supaya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata takder gear reverse. Huhhuuhu aku rasa aku buka puasa kot ari ni, tak tau la head aku nak belanja aper, kalu pizza mcm mana, ish ish, nipisnyer iman aku. Nasib baik la tinggal 2 hari lai. Hari tu aku dah terpedaya ngan KFC. Tapi aku rasa dia belanja nasi beriani kot, takpun sate. Smlm dah melantak sakan, maklum la buka puasa.
Klau aku buka puasa terpaksa la aku puasa sampai hari sabtu, mesti wokyos suka sbb nanti aku sama2 abis ngan dia, hampeh.


Yg Benar,

Aku yg hampeh

Wednesday, October 06, 2004

Al Fatihah

Aku baru jer baca email Ila, aku ingatkn dia nak antar cerita sadis yg tah apa2 kt aku. Tak sangka la pulak mak Wawa dah takder. Dia sakit apa?? Bila dia meninggal?? Wawa yg call ker?? Pastu kau pegi tak umah dia?? Apa2 pun aku doakn agar roh mak wawa dicucuri rahmat, Amin.

Aku dah lama tak post blog, busy giler lately ni, apa2pun aku curi gak masa nak post yg baru krn bos2 aku semuanyer meeting, yahooooo.

Dah ckp ke kt Mijun?? drpd jadi tak jadi gi muara, apakata dia tunaikn janji nyer utk buat house warming, so boleh la lepak lama2 sket, sembang2, syok gak.

Apa2pun utk Ila, x yah sedih lagi, doakn jer arwah ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.


Yg Benar,

Aku yg menagih janji, hehhe

Monday, October 04, 2004

OK LER

RASANYA sudah terlalu banyak filem perang yang saya tonton tetapi tidak sama dengan yang satu ini, Taegukgi. Melihat filem arahan Kang Jae-Kyu ini, saya terfikir sejenak, mampukah karyawan filem di negara kita ketika ini menghasilkan filem epik perang sehebat itu?
Soalnya, bukanlah kurang yakin dengan kemampuan orang sendiri tetapi dengan melihat apa yang pernah ditonjolkan dalam filem perang tempatan selama ini, ia cuma baru 20 peratus daripada apa yang ditonjolkan dalam Taegukgi. Tanyalah sesiapa yang menonton Taegukgi, tentu mereka setuju babak perangnya sehebat karya Hollywood. Itulah teknologi penggambaran dan kreatif tinggi yang masih belum kita capai. Ia tidak mustahil tetapi kita masih boleh belajar kerana pembikinan filem adalah salah satu proses pembelajaran. Sebagai orang Asia, saya tumpang berbangga dengan sentuhan karyawan Korea untuk filem lakonan Won Bin, Jang Dong-gun, Choi Min-shik, Lee Eun-joo dan Kong Hyung-jin ini. Sekurang-kurangnya saranan kerajaan kita satu ketika dulu yang menyeru rakyat mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur, masih lagi boleh diguna pakai. Tidak semua yang datang dari Barat itu emas bukan? Bagi saya, bukan saja teknik pembikinan Taegukgi yang begitu menggegarkan malah lakonan, mesej serta penceritaannya mampu melekat di fikiran selepas kita melangkah keluar dari pawagam. Mengikut fakta yang diberikan, Taegukgi dibuat penuh teliti dan perancangan rapi. Malah penyelidikan terutama pengumpulan data mengenai Perang Korea yang meletus pada 1950-an dibuat menerusi 1,000 buku sejarah dan mengambil masa lebih dua tahun. Bagi menampakkan penataan seni dan kostum berkesan, sebanyak 19,000 pakaian askar dan 1,000 pasang kasut ditempah khas. Filem ini juga menggunakan 1,000 senjata api seperti senapang dan meriam menerusi rekaan klasik. Selain itu, uji bakat pemilihan pelakon memakan tempoh sehingga enam bulan sementara 25,000 pelakon tambahan digunakan bagi semua babak perang dan zaman moden. Jadi anda tentu dapat bayangkan bagaimana besar dan hebatnya perang saudara yang pernah meletus antara wilayah utara dan selatan di Korea dulu . Tidak hanya tertumpu pada set semula jadi, mock-up set untuk menggambarkan kota Pyongyang juga dibina khas, tidak termasuk 20 lagi set tambahan untuk pelbagai babak sepanjang penggambaran selama sembilan bulan. Namun tidak ada gunanya kalau rekaan set dan props sesebuah filem itu gagah perkasa tetapi pengisian ceritanya hambar. Inilah faktor penting yang dititikberatkan pengarah Taegukgi dalam melahirkan sebuah kisah yang menyentuh hati penonton. Semua tahu perang pastinya menuntut titisan darah, air mata dan nyawa. Semua itulah berjaya digarap dengan hebat melalui filem ini. Taegukgi atau judul Inggerisnya, The Tale of Two Brothers, bertumpu pada kisah persaudaraan antara seorang abang, Jin-tae dan adik lelakinya Jin-suk. Mereka hidup dalam keadaan sederhana bersama ibu yang bisu selain tunangan, Jin-tae. Apabila perang meletus, kesilapan berlaku apabila dua beradik lelaki itu dikerah ke medan perang sedangkan mengikut syarat, sepatutnya hanya seorang lelaki saja dari satu keluarga yang perlu diambil berkhidmat. Namun, bersama semangat menentang fahaman komunis yang sudah meracuni wilayah utara, dua beradik itu tetap mara dan berjaya. Apabila pulang ke kampung, Jin-tae berubah sikap melihat tunangnya dibunuh kerana dituduh prokomunis dan menyangka Jin-suk terkorban dalam satu kebakaran. Kecewa dengan situasi itu, Jin-tae terus berpaling tadah lalu menyertai komunis di wilayah utara. Namun pada saat-saat itu, Jin-suk muncul mencari abangnya. Mereka bertemu semula di medan perang dan inilah kemuncak kisah menyayat hati. Anda perlu menonton sendiri Taegukgi untuk mengetahui kesudahannya. Bagi saya, permulaan filem ini (dalam bentuk imbas kembali) seakan Titanic sementara penamatnya pula bagaikan filem Asoka.



Dah tgk dah, sedih masa last. Abg dia mati katak mcm tu jer,, hampeh tak berbaloi langsung. Aku bagi 4 1/2 bintang dari 5.

Wednesday, September 29, 2004

Mariana n Carlos

Tadi masa lepas hantar Tan kt LRT, on d way nak patah balik gi ofis, ofismate call, x sempat nak angkat. Dlm hati dah agak dah mesti ada something psl pelakon Telenovela, The Gardeners Daughter. For ur info, aku tak penah miss citer tu, aku suka giler tgk muka heroin dia yg nama sama mcm aku tu, si Mariana n member dia Vanessa.
Anyway, aku pn selamat la sampai ofis kul 9.09 pagi. Sorry la lambat jam siot, ari dah la hujan, nak hnatr bf kt LRT lai, n bla bla bla. Sampai jer ofis, akak yg call aku pn terus ajak gi BMG ( dept utk brand program). Yes, yes depa semua ada kat sana. Sampai jer aku tgk Carlos Torres n 4, 5 ekor jantan yg semuanyer hensem mcm sial. Aku cari mana la si Mariana ni, sekali nampak pompuan rambut coklat ala kuning gitu, hidung mancung giler, minah tu sibuk jer kt PC tgh open acrobat reader, amende la dia buat.
Akak tu suruh staff kt situ amik gambar aku berdua ngan Micheal. OK gak mamat tu peramah, dia mmg pandang mata org tajam giler, masa amik gambar tu dia pegang belakang aku n akak tu sklai, lucu plak, coz tgh2 amik gambar tu, ofismate aku sempat lai ckp "mampus la kalu laki aku tau" abis tu nak buat mcm mana, spontan jer dia pegang belakang. Takpe tak kena kulit pn.
Pastu baru la pegi kt tpt Mariana, dia mcm bz giler kt PC, apa2 pun dia sporting la n senyum jer masa nak amik gambar, sempat la cakap "Hi, Mariana, my name Mariana's too. hehehhehe. Dia pun gelak jer "ok". Lawa giler minah tu, mcm anak patung.
Diaorg dtg coz ada screening, smlm Mariana nyanyi lagu tema citer tu ngan Carlos, siap kiss mulut lai. Mcm couple betul jer.
For ur info aku lai tinggi dr Hero dia tau.
OK la, lepas ni nak turun bawah tgk diorang lagi. Adios


Yes yes, aku baru jer lepas bergambar, peluk, cium semua ngan Mariana. Dlm ramai org, terjumpa lak 2 ex school aku. Adik beradik. Ramai gak yg dtg tadi. Mariana nyanyi Live, tapi aku miss coz turun lambat. Member kata suara dia mmg best giler, walaupn xder music.


Tuesday, September 28, 2004

Hari citer yg aku post pjg sket....

"ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMADWA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD"Maybe some of you may have heard or read about this before. Notsurewhether its true or otherwise BUT BE CAREFUL...............
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak sayaberada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesenkeretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tempat tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasaInggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernamaKamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana,saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif digereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu di hantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau jugaadalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke BaptishChurch di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia(Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih,bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur -Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah:Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum - 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak, Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibatseramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang SungaiPetani Kedah. Haji Hanapi bekas guru akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya,katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untukmengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia / Brunei kepadaKristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Kitingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu.
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian:Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan). Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah)pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalambahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya iatelah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


Ni aku amik dr blog Dr. Leed, utk renungan korang semua

Aku pernah jugak jumpa orang yg murtad ni.. beberapa hari lepas. Ada le sorang patient ni datang ke klinik aku. Nama dekat ic melayu. Dia bawak le sorang budak pompuan cina ni.. aku mati2 ingat kakak ni pembantu rumah sebab dia bawak budak pompuan cina tu. Sekali aku dengar budak cina tu panggil dia mama. Aku ni biasalah kepoh sket.. nak jugak tau kan..
Aku: Siapa ni kak?
Dia: Anak akak
Konpius.. camne nama dia melayu.. nama anak dia cina. Tak puas ati aku tanya balik
Aku: husband akak cina ye?
Dia: yup
Aku: convert islam?
Dia: tak
Haaa.. melopong kejap aku. Dia dengan selambanya bagitau husband dia tak convert islam. Kalau macam tu macam mana dia kawen sedangkan husband dia tak convert islam
Dia: Akak ikut suami akak..Maksudnya dia yg convert jadi cina. Mengucap panjang aku.
Aku: family akak tak marah ke.. akak tak rasa berdosa ke
Dia: i'm happy now
Aku rasa nak jek lempang muka kakak tu. Selamba jek muka dia cakap ngan aku dia bahagia skrang dengan cara hidup dia.
Aku: kak, bertaubatlah kak Dia:
Dr takleh campur urusan peribadi saya.
Memang sebagai dr aku takde hak nak campur urusan peribadi pesakit aku, tapi aku rasa sebagai muslim aku ada hak untuk memberi pandangan dan nasihat pada insan yg tergelincir dari landasan walaupun aku tak sesempurna mana. Aku dah nasihatkan dia, tanggungjawab aku dah lepas. Cuma aku berdoa agar Allah bukakan kembali pintu hatinya untuk bertaubat. Kadang2 cinta boleh buat manusia jadi buta. Entahlah.. mintak dijauhkan aku dari perkara2 sedemikian.. nauzubillah.

Monday, September 27, 2004

Tak tulis tajuk ok tak???

Smlm syok giler, kalu dah nama pompuan, pompuan la jugak. Perempuan mana yg tak suka di dandan kan. Dulu aku penah gak tanya dlm blog ni. korang gi kerja pakai make up tak???

Saper yg penah pegi pusat akuatik kt sek 11, yg tpt En.Norman slalu pegi tu. Ingat mcm nak belajar berenang la. Korang semua tau berenang tak??? 3 sukan yg digalakkn dlm islam ialah memanah, menuggang kuda, n berenang. Aku 3 tak reti. Tapi teringin sgt nak belajar berenang.

Ok ler, smlm saper tgk Nona, best giler kan klau jd Dayangku Sarah, pssst... nak dgr citer tak??? maklum la makcik byk citer. Diaorg tu tak couple, tp Sultan Brunei yg cari pelajar yg pintar n cantik di antara maktab yg plg bagus kt Brunei. Tu yg aku dgr la kan.

Lai satu citer, kalu baca paper ari ni, tertuduh yg buat surat layang Siti akn dipanggil ari ni. N polis dah buat kenyataan yg terlibat bukan dr kalangan artis. Aku dah agak dah mesti kerja wartawan gak. Artis mana pandai buat ayat sensasi mcm tu, betul tak. Polis dah cerdik dah skang, diaorg buat siasatan guna bantuan mimos lai. hebat hebat. Apa2 pun aku pn tak sabar nak tgk saper yg tulis surat tu. heheheheh.

Friday, September 24, 2004

Renungan Hujung Minggu

Siapa Paling Kejam??

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan akhirnya perempuan itu pengsan.Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata,"Akulah orang yang paling kejam",Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"
Perempuan itu adalah Iraq.
Lelaki pertama ialah Saddam.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.
Tahniah kepada Umat Islam.


hehehhh, tugasan minggu ini, anak2 sekalian di kehendaki mengkaji esei ini, dan membuat summary. Ingat,.. summary hendak lah dari idea anda sendiri. Jgn ciplak idea org lain, kalu amik reference kena ada footnote ok. Sediakn bibliography anda. Makasey
yuhu huhu heh hehe, makcik nak gi Ampang beshok, nak tgk betul ke ada shale Habib kt Ampang. Selamat bercuti.

Thursday, September 23, 2004

Sayangi la kereta anda

Ada sorang mamat yg aku kenal ni, selalu terlupa kunci keta, ada satu ari tu, masa kt shopping complex pn tak kunci keta. Time dia dtg umah aku pagi2 nak tinggalkn keta, aku turun umah, terkejut makcik apabila aku tekan alarm nak buka pintu keta, alarm tutup pintu lak yg menjawab. Makcik angin la oi. Dia ni tak sayang keta sendiri ker, or dah byk duit sgt. Ni nak nasihat la, klau tau kita ada alzheimer sket2, cuba la jadikn amalan, kalu nak tutup pintu keta pastikn anda pegang pintu keta tu balik, tarik to make sure betul2 tutup or tak. Ni, dah berbuih mulut makcik bagi lecture, boleh lai dia jln sepuluh langkah pastu baru tekan alarm, tupun dlm kocek seluar, eksyen lai tu.
Aku bercerita ni bukan apa, tiba2 jer gerun lepas aku tahu kelmarin yg ofismate aku punyer keta kena kebas ari Sabtu baru ni kt parking lot kt Giant OU. Dia park sana dlm kul 2, kebetulan lak hujan lebat, dlm kul 6 dia kuar keta tu dah lesap. Maybe pencuri tu curi time hujan lebat kot. Cerdik gak yer menatang pencuri tu, nape la time tu tak kena petir jer, biar tgn tu tak leh mencuri dah. Kebetulan lak dia lupa nak kunci stereng keta, apalagi Alhamdullillah la kata si pencuri tu. Nak habaq sket, insuran cover 70% jer, x termasuk down payment tau.
Aku pn skang hidup dlm ketakutan, yer la kt ofis aku mana ada cukup parking, setakat kerja kontrak mcm aku, parking kat luar jer, pastu kena saman oleh MMPJ yg bodoh, x reti ker yg kitaorg xdr parking, suka sgt cekik darah org, bodoh betul. Pastu skang ni aku park kt free parking kt OU, dekat jer jln, tp park at ur own risk ler. Tu yg aku risau, ish ish. Klau tak bawa keta, nak gi ngan cab, ari2 melayang la duit aku.
Klau nak suruh Mr Anatanoe hantar dia lak malas nak gi kerja ngan keta, jam katanyer. Hmm kesimpulannyer aku kena balik kelate gak ler lepas abis contract ni. Tak nak sambung ler. Balik kg tunggu org masuk minang. eh eh lupa lak kita nak tunang raya ke-3 ni. Kalu mcm tu tunggu org masuk kawin jer la. heheheh

Wednesday, September 22, 2004

Kisah Klasik yg haru biru

Pony, bila ko ckp psl Tan dtg ngan kelam kabut masa buat php tu. Tiba2 lak aku teringat. Masa tu aku, K.Shima, Cat, Dayah n budak2 umah aku yg dah tido.
Time tu nak siapkn assg macromedia yg group tu. Tan dtg bawak pendrive coz nak transfer menatang document yg besar sgt. Assgm dia dah siap so dtg nak tolong la ni. Drpd mlm sampai ke pagi, naper la Pen drive ni tak leh copy n save. So kitorg buat kerja lain la dulu, antara activitnyer ialah sesi rakaman alih bahasa, suara latar, Mijun, aku, Cat n Dayah (kitaorg tak bayar upah utk pelakon import)
Time tu Tan dah tertido, kitaorg bersengkang mata lai, kira marathon la ni. Last2 skali time dah pagi, Tan bangun nak pakai kasut nak balik, tiba2 jer "ASTAGFIRULL HALLAZIM" dgn kelam kabut dia masuk balik, menonong jer jln gi kt lap top. Terkejut beruk aku ngan Dayah. Rupa2 nyer drpd mlm sampai pagi, takder sekor pn yg perasan pendrive tu tak open, termasuk la dia. Hampeh.
Akibatnyer group kita plg last present, tupun setelah aku dah byk kali ckp kt lecturer (lupa nama la) "Tunggu2, diaorg on d way"
Dlm cab pun sempat lai delete mana2 yg tak berkenaan yek, coz besar sgt file dia. Berpeluh la jugak ketiak korang ek. Itu la antara assg yg aku tak leh lupa. K.Shima ada simpan lai tak assgm tu??? Klau buka balik conpom gelak balik, ngan suara2 sumbang mat salleh celup.
Anyway, Thanks to Mr Anatanoe coz sanggup tolong, heheheh.

Besday Kek

Smlm lepas balik kerja, aku gi OU. Amik duit pastu gi Secret Recipe beli kek. Sampai jer pesan la nak Kek Moist, tp dah abis. Pastu brader tu kesian kot tgk aku, dia call outlet bawah kt north wing, tanya ada lai tak. Nasib ada. Brader tu ckp nama aku, pastu aku pun gerak ler cari Secret Recipe tu. Sesat la gak, coz dia mcm tersorok sket. Lepas tulis semua, beli lauk nak masak. Sblm tu dah pesan kt member umah balik awal coz nak celebrate besday budak ni. Tapi sekor lai tak balik coz mak dia dtg. Tak pe la 3 org pun jadi la. Klau kt seksyen 9 dulu, beli kek jer semua org balik umah, termasuk Mazni.

Aku = Tiramisu
K.Shima = Banana coklat
Cat = Fruty
Mala = Coklat Moist
Zura = Coklat Fudge
Mijun = Kiwi
Mazni = aku lupa la, black forest kot.

Smlm punya kek tak best sgt la. Aku rasa kalu nak beli kek Secret Recipe, korang jgn pegi kt mall, kalu yg mcm kt sek 9 tu best. Lain kali aku nak beli Black forest ngan tiramisu jer.

Korang semua, bila nak gi muara. Apa kata kita gi tido ramai2 kt umah Ila time nak gi Muara tu. Boleh ke makcik???

ps:// smlm besday boy x sporting aa....

Tuesday, September 21, 2004

HEPI BESDAY TO MR ANATANOE !!!!

21 st Sept 2004 = 24 tahun dah yer
so perangai pun mesti la mcm org umur 24 thn.... hehehhe
Anyway semoga di panjangkn umur n di murahkn rezeki.
Harap2 awk suka hadiah tu. Kalu tak suka pun, buat2 lah suka.

Lupa lak nak ckp, ari Sabtu baru ni masa mkn kt Kg Baru, nampak Mat Shah ( Lecturer )
Dia tgk semacam jer. Tgk muka dia, tiba2 lak teringat Mijon n Kak Shima besar. Coz mijon kan suka bercerita psl Mat Shah panggil K.Shima mcm beras siam n segar bugar tu. hihihihi.

Hari ni KPLI kuar, tapi tak tahu nak semak kt mana. Saper2 yg thau tolong inform, kay.

Monday, September 20, 2004

Ceritera Cinta Agung, versi dulu n kini.

Adinda bersumpah..jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama..

Kanda lupa cinta dinda seagung maya.

Apakan daya...tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad tidak setanding mimpi

Cinta kanda bukan semesta luasnya?? Masih kecil berbanding cinta dinda


Hmm... tak tau saper yg cerdik, n saper yg bodoh. Tapi kalu betul la kisah lagenda ni, aku sumpah Hang Tuah 7 keturunan.
ok ler, sepahaman aku ler, Sultan Melaka sumpah sesaper jer yg pandang Gusti Putri Retno Dumillah ni selepas senja kena muntah darah n mati. Klau mcm tu tunggu la mlm jer. Ala mcm Cerita Lady Hawke tu ( betul ke ejaan aku) Mlm laki tu jadi serigala, dia jadi manusia, siang lak, dia jadi burung, laki tu jadi manusia. So depa dpt jumpa kalu berlaku gerhana matahari or bulan (aku dah lupa daaa) tupun sekali dlm seribu tahun.
Anyway, seronok gak kalu kita pn dibuai2 oleh cerita cinta agung, kalu pompuan kononnyer duk tunggu Prince Charming. Tapi sedar atau tak sedar di sekeliling kita pn ada kisah cinta agung ni, cuma ayat Dinda, Kanda ni dah tak guna. Contah la kan.

1) a) Cinta kanda bukan semesta luasnya?? Masih kecil berbanding cinta dinda
b) saper yg cinta lebih, awk ker saya?

2) a) Adinda bersumpah..jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama..
b) Awak gi dulu, nanti saya akan datang cari awak balik.


hehehhehe, mcm tu ler



Thursday, September 16, 2004

ENGAGEMENT

Best sesangat smlm coz dpt mkn udang besar lengan (lengan baby, heheheh). Tapi lai best coz Mr Anatanoe dah balik. So tak yah la belanja mkn kt KJ Seafood yer. Skang ni tgh pikir nak masak apa udang2 yg byk tu. Mlm ni masak gulai la. Mak awk masak best. Thank You.

Kak Shima, Syikin yg bdn tembam tu ker? Best nyer kerja kerajaan, tapi kerja kurang la sket, x mcm swasta. OK la utk org pompuan kerja kerajaan ni. Hmm ari ni Mala dtg sini dating ngan pakwe dia, x sempat nak jumpa. Lain kali dtg Sabtu/Ahad baru boleh kura sama2. Lepak umah Ila ker. Ila,.. Mok Uda aper citer?? Mijun ada gi Shah Alam lai tak??

Aku tunang ari Raya ke3 ni. Malas nak ckp takut x jadi. Tapi Insya Allah la dlm raya ni gak. Theme color pink lembut, hehehehhe. Kesian Mr Anatanoe kena pakai baju pink, kah kah kah. Bapak aku pn tak nak pakai. ape la x sporting langsung bapak aku ni. Mesti korang pelik kan, tapi mmg kalu kt Kelate tunang kita kena dtg gak, kena beli cincin lai kt depa. Emmm begitu la sptmana yg diberitahu oleh mak aku. OK WISH ME LUCK......

Friday, September 10, 2004

BODOH

Tiba2 mcm geram lak kt org kelate yg tertentu bodoh bangang. Maksud aku tak semua, org yg tak reti bahasa pergi sabung ayam n seludup masuk ayam ke negara ni. Kalu kena kt dia sorang tak pe la . Ni boleh jangkit kt semua org tau. Kt Perlis pn sama. Bagi aku diaorg ni patut humban jer dlm penjara. Ni la contoh2 manusia akhir zaman yg gila duit n dunggu. Otak ada letak kt lutut n di bawah sana. Org kelate ckp apa tau, otak letak kt jubor. BODOH.

Mak aku citer (mak aku kerja kt JPH Kelate) Benda tu dah lama ada, cuma baru tahu masa budak ofis dia gi melawat member kt Tumpat, pastu member dia ckp yg dia pelik nape ayam dia semua mati tanpa sebab. Pastu dia suruh bwk ayam tu gi check, baru la dpt detect. Aku bukan apa risau kt budak2 sekolah rendah ni.Diaorg tak tahu apa2, semua main makan jer. Ish risau betul.

Allah S.W.T Selamatkan lah Tanahair ku, Amin. Baru jer merdeka ni

Thursday, September 09, 2004

BORING GILER

Boring ler skang ni coz Mr Anatanoe balik Kg. 2 minggu lak tu. Tapi tak per la, dia pn dah lama tak balik n bercuti kt kg, since lepas raya hari tu. ish lama giler dia x jumpa famili, kesian lak. Nasib la adik dia dah belajar kt sini, walaupn kt kedah tp still semenanjung land. ok ler tu.
Hujung minggu ni, maybe nak kuar tgk wayang ngan member2, yeargh we rock the world baby. Lets start crazy again. Hihihihi
Hmm, bila lak geng uitm nak buat reaunion lak.

Monday, September 06, 2004

BEST GILER

Hari Sabtu pergi Genting ngan member2 sekolah. Sewa 2 bilik, satu bilik pompuan 6 org, satu bilik lai budak laki 3 org. Nak ckp sket, terima kasih krn sudi dtg, kalu awk tak ikut, tak tahu la naik ke tak keta kalu saya drive. Anyway, mmg best giler coz dah lama tak dtg. Plg best coz pergi ngan member2 n boypren skali. Kalu budak laki ikut safe la sket. Time tido pun masih terbayang2 lai naik Solero Shot. GERUN. Utk budak2 Maher U are the best.

Hmm oleh krn aku gi Genting aku miss family day kt Sunway Lagoon. Mmg dah tau Farah n Zahid ada, tapi takpe la, friends is more important to me. Nanti lepas kawin entah bila la ada peluang mcm ni lagi. To Mr Anatanoe, nanti kitaorg akn ada plan kedua. Maybe gi Pangkor lak.

Oh lupa lak nak ckp, Mijun ada call hari Jumaat, sajer jer nak ckp no. baru dia. hihihi lepas ni ramai la org call Mijun.

Jumaat mlm tgk PGL, emmm nak kata best, aku bagi 4 bintang la. Sinematography mmg lawa giler la. Tiara n M.Nasir berlakon best . Tapi plg best Alex Komang n 2 lai pelakon Indon tu. Yg jadi Sultan tak best n tak sesuai langsung. Ending sedih la. Tapi sedikit lembab n terlalu sastera n klasik bahasa nyer, membuat kn Mr Anatanoe hampir terlelap. Am I right.

Friday, September 03, 2004

selepas 6 tahun

Akhirnya Anwar Ibrahim telah dibebaskn sepenuhnyer slps 6 thn. Aku tak minat politik sbnrnyer tp jika dilihat tempoh 6 thn sudah cukup utk menghentikn penglibatan Anwar dlm politik. Krn mana2 ahli parlimen tidak boleh aktif jika dipenjarakn lebih 5 thn. Apa2 pun smlm sedih gak tgk kt TV masa dia dibebaskn. Ye la cuba bygkn kalu ayah kita mcm tu. Tapi apa jua keputusan biarlah negara kita tetap aman.

Cerita lain lak, sapa yg dah tgk PGL??? Best tak, coz ari Ahad tu aku dari KLCC sampai OU mmg tiket sold out. Kalu dah tgk cuba citer sket.

Wednesday, September 01, 2004

Guess What ?????

Guess what,.... I met someone whom Pony talked about. Hari Sabtu baru ni gi Sg Wang Plaza. Ramai giler manusia. Tapi dlm ramai2 manusia, aku nampak sorang minah ni, mcm kenal, tapi sbb tak pakai tudung aku jd conpius jap. Tak kira nak tegur gak, kalu salah malu. Tapi mmg betul pun budak PM sekelas ngan kita.
Aku jumpa Kak Pah, mmg totally different la. Dia pun terkejut beruk. Ranggi siot. Anyway, dia skang tak kerja lai, tgh cari kerja, Kak Yan pun duk kt umah jer. Dia guna no tel yg sama. Apa pun saper yg ader kerja kosong call la dia. OK itu sajo

Friday, August 27, 2004

MERDEKA Sana Sini

Merdeka ni korang gi celebrate kat mana??? Actually x suka gi KLCC coz crowded, tapi nak tgk budak2 AF. Tapi keesokan hari tu mmg nak gi tgk PGL, bak kata Pony, nak tgk sekuat mana cinta Agung tu. Korang lak, gi mana or balik kg. Org kt ofis ramai yg balik kg esp yg asl pantai timur.
Hari Ahad ni ada Dinner, x sure lai nak gi ke tak, mcm best coz ada artis2 popular kat Mandarin Oriental Hotel. Mcm biasa la kalu ada dinner mesti nak kena pikir baju apa nak pakai. Tema mlm to Dress To Kill 'Glam Night'. Hmmm.....Nak pakai apa yer.











Thursday, August 26, 2004

Aku, Cat, n Fitri

Smlm hujan renyai renyai di ptg hari, hehheheh.... Tiba tiba kasut aku terputus tali, lalu aku n Cat pergi ke Sogo utk membeli selipar baru. Cat yg mmg minat giler ngan Fitri mencadangkn utk singgah di Maju Junction Zar Jentayu utk berjumpa Fitri. Aku akur shj. Tapi sblm ke Zar Jentayu, aku harus membereskn misi utama aku ke jln TAR iaitu menempah baju kebaya aku di Butik Busana Cinta di Pertama Komplek. Lalu kami meghayunkn kaki menuju tingkat 2 komplek itu. Ketika pekerja butik ingin mengambil ukuran bdn, tiba2 dtg seorang lelaki yg tinggi lampai, berkulit cerah dan berambut ala2 pelakon Jepun. Cat terpana, mulut terlopong, mata bertentang mata, jeng jeng jeng....lelaki iti bersuara "Kak Ila mana, sbb saya nak jahit tepi ni" sambil melangkah masuk.
Heeeehehehe rupa2nyer Fitri AF yg masuk. So xjadi ler gi Zar Jentayu. Aku ckp kat Cat, ha amik kau, nak sgt tgk Fitri.
Anyway, smlm aku Cat n Dayah ada test SPA Gred 41 kt Wangsa Maju. Yg aku perasan budak course kita mamak yg bwk kembara dulu tu.
Well kalu nak tahu Asmanozi n Asrol dah kawin n Akasyah n Raja Shahrul akn kawin raya ke 4 ni.
Itu sajo dari bilik berita.

Monday, August 23, 2004

Jumpa Kak Ani

Hari Sabtu jumpa Kak Ani kat Gulatis jln TAR. Dia mcm malu jer coz dgn pakwe kot. Mcm penah tgk budak tu tapi di mana ye? Smlm gi Shah Alam, makcik terkejut beruk tgk gerai sek 2 dah xder. Ish2 sedih tau, coz tu la kenangan masa mula2 dtg Shah Alam. Pastu byk sgt la perubahan kat S.Alam tu. Macam2 ada... Dah lama tak gi Shah Alam, last time masa barbeque ari tu, tapi hari tu pun sampai dah mlm.
Pastu ada bangunan baru la kat pintu masuk depan tu. Bangunan apa ek? Oh lupa lak. Ann kirim salam kat korang semua. Puas hati dapat sembang lama, coz free.
Oi Mala setakat baca jer tapi tak bagi komen baik tak yah.

Friday, August 20, 2004

Soul Mate

Your partner your soulmate??? How do you know??

Mcm mana nak tahu boyfren or girlfren kita skang ni is your soulmate???
Mcm mana kalu boyfren or girlfren skang bukan soulmate kita? What would you do? Leave him/her or just continue

Kalu yg tak bercouple lagi. Sampai bila nak tunggu for Mr perfect. Sampai andartu?? or kalu dah lewat umur sanggup kawin ngan mana2 laki eventhough husband org.

Susah kan nak jawab, but still I want ur opinion guyz. What da ya think????

Thursday, August 19, 2004

Ratu Sehari

Utk Ila, kalu nak amik gambar digital or nak buat vcd, sila lah ke http://www.momentoflove.com.my. Kalu ko click kat Galllery 2, yg gambar joe tu, diaorg ofismate aku ler.
Satu lai bila tarikh kenduri ko. Citer la sikit agenda or upacara hari tu. Pukul bape akad nikah etc.

Wednesday, August 18, 2004

RORY

Saper tgk Gilmore Girl smlm??? Org geram giler kat Dean, coz dia dah kawin tapi tiba2 lak nak kat Rory balik n buat benda tu. Rory pun gatal lak, coz ikut jer. Nak marah la ni, coz dia kan budak baik, n mak dia pun marah coz buat ngan husband org. Dah la Jess dtg semula nak propose dia. Org suka dia ngan Jess. Mcm tak best la pulak.
Tadi baru lepas mkm nasi dagang, member seb yg belikan. Skang sakit perut la pulak.
Smlm gi Jln TAR, mmg lawa giler kain2 kat situ. Sampai Mr Anatanoe pun terpegun. Mr Anatanoe berkenan kat kain biru tapi tak ckp apa pun. Yg dia cakap spjg masa kat kedai tu ialah "lawa nyer" 100x non stop. hheheheh. Tu la kalu korang dah dapat gaji pegi la sana, skang ni potongan sampai 80%.

Tuesday, August 17, 2004

RUMAH KU SYURGA KU

Sebenarnya tak tahu nak tulis topic apa ari ni. Ape yer??? Hmm dah ganti puasa ker? Dah tempah baju raya ke? Kat sini mahal kan.
Aku geram la ngan bitch tu. Kalu cuti pun bagi la kat org lain cek gaji aku. Dah la xde duit skang ni. Xkan la xde kepala otak nak pikir.
Anyway, Penah tak korang terpikir, kalu banyak duit sekalipun, tapi kalu bukan jutawan, mmg tak boleh buat rumah atas tanah sendiri kat Selangor ni. Betul tak???
Sampai bila kita nak bertekak ngan pak guard coz kereta lebih dari satu, kat umah sendiri pun x leh parking. Kalu umah teres lak, mahal nak mampus, tapi tingkat atas ada bilik jer, xde ruang. Mcm kat sek 9 dulu la. Kalu keta lebih pun kena park kat luar, Tupun kena berebut ngan jiran2.
Tapi kalu kat kg, walaupn umah kayu jer, tapi laman umah boleh buat padang bola sepak. x yah berebut2. Kalu nak buat kenduri pasang jer khemah kat situ. x payah sewa dewan or buat kenduri kat parking lot (kalu umah pangsa la)
Kalu korang mana korang nak?
kemodenan n kemewahan sampai korang nak bernafas pun semput
or
kesederhanaan tapi selesa n aman
Just a question.....

Monday, August 16, 2004

KELMARIN

Kelmarin bangun pukul 1.00 PAGI. Tupun tersedar lepas member2 kat bilik gi tgk TV kat luar. Aku pun join la tgk, rupa2 nyer diorg bangun semata2 nak tgk imbasan AF. Sedih la pulak, coz lepas ni dah x boleh tgk AF lak, boring ler pulak. Mak aku pun mesti boring mcm aku. Hihihi Mak aku suka Adam. Tapi aku x puas hati la Linda menang no 2, patut bagi kat Farah, coz dia nyanyi lagi best.
Lepas tu dlm kul 3.30 gi Jln TAR ramai coz member2 nak beli kain utk Raya. Korang dah tempah ker baju Raya? Aku dah masa balik Kelate ari tu. Jalan2 tgk buku AF dah siap tu, siap ada gambar Zahid julang trofi, cepat nye diaorg proses. Maklum la benda yg boleh cepat dpt duit, proses pun cepat la jugak. Apa 2 pun aku puas hati Zahid no 1 n Adam no 3, cuma aku rasa Linda x payah la diserapkn balik ari tu, tapi org Astro ni cerdik, coz dia nak untung lebih lagi.
Tiba2 rasa mcm kelakr lak dgn hadiah pelajar AF. X berbaloi langsung setakat dapat 3,7, n 10 ribu. Kedekut gila Astro mcm TV3 gak. Sedangkan depa dapat juta juta tu. Audition pun 30 ribu aku rasa kan.

ps:// Geli tgk Mas gelek gerudi n suka tgk Anding nyanyi senorita.

Friday, August 13, 2004

IS THAT SO SWEET !!!

A girl asked a guy if he thought she was pretty,
he said...no.
She asked him if he would want to be with her forever....and he said no.
She then asked him if she were to leave would he cry, and once again he replied with a no.
She had heard enough.
As she walked away, tears streaming down her face the boy grabbed her arm and said....
You're not pretty you're beautiful.
I dont want to be with you forever. I NEED to be with you forever.
And I wouldnt cry if you walked away...I'd die...


Best kan kalu ada lelaki mcm tu. Rasa mcm nak nangis lak baca.....
Tapi mmg ada pun....................me too.

JOM MAIN TEKA TEKI

OK KAT SINI KITA MAIN TEKA TEKI NAK TAK
SOALAN IALAH SAPER YG KORANG RASA AKN JADI JUARA AF N MENGAPA???

Aku pilih Zahid, tapi aku tak sure antara dia n Linda, coz Linda ada org kuat umno n pangkat datuk kat Sabah yg sanggup berhabis utk dia menang. Tapi apa2 pun tak kisah la saper menang. Tapi aku rasa rugi sgt kalu Zahid tak menang coz dia versatile.

Dinner with my future sister in law

Smlm aku gi dinner ngan adik Mr Anatanoe skali ngan dia la. Tau tak apa yg tak syok kalu couple ngan org Sabah??? Hmm sbb diaorg bole ckp dlm bahasa diorg yg kita langsung xpaham. Aku geram sbb aku tak tahu apa dia ckp, samada memuji or mengutuk or etc. Tapi saya tahu Mr Anatanoe n sister xde mengutuk,..mmm.
Aku dapat tiket free AF, tapi tak tau nak gi ke tak? Kalu korang, korang nak gi tak.
Satu lai sape dapat surat ujian SPA??? Kalu dapat korang kat mana???

Thursday, August 12, 2004

I'm Back to Office again !!!

Hi aper citer???? Aku baru start keje ari ni balik. Best giler cuti..... siap gi bercuti kat chalet lai, dah lama dah tak mandi pantai. Aaaa best giler. Rasa mcm tak nak balik jer. Aku makin gemuk la cuti ni. Tapi aku tgk Mr Anatanoe mcm tu jer, tak besar tak kecik. Hmm bila la dia nak besar sket.....
Anyway bila nak jumpa korang ek??? Tapi kau tak nak jumpa korang skang coz aku dah gemuk, tunggu aku kurus balik baru leh jumpa korang.

Skang ni nak mulakn operasi diet.... Eh kalu masuk gym berapa kena bayar ek. I mean gym yg ada insructor la..

Saturday, August 07, 2004

From Pasir Mas with love

hihihi best nyer kat umah sendiri. Rasa mcm malas balik jer. Malas nak gi kerja. Harap2 lepas abis contract, walaupn dept aku nak renew contract aku tak nak ler. Nak duduk kelate jer. Harap2 bole buat bisnes kat sini. Org Kelate ramai yg kaya ngan berniaga jer. Nak harap makan gaji,... hmmm mcm tak cukup jer.

Saya harap Mr Anatanoe sanggup duk Kelate ngan saye ye....

SAPA PILIHAN ANDA???

So korang nak undi saper??? Aku rasa baik Linda jer dapat dan aku rasa mmg dia yg akn dapat nanti. Tadi masa tgk Mas nyanyi sedih la pulak. Bagi aku , baiklah peminat Mas faham n jgn malukn dia lagi. Biarlah dia pegi utk belajar lebih m'dlm dlm bidang nyanyian n tebus balik maruah dia.

Wednesday, August 04, 2004

pengumuman

Sape yg nak hantar email yg ada attachment kalu boleh forwardkn bila dah open attachment tu. So saper2 yg receive email tu tak yah open attach file tu. Bole terus baca tgk. Ini utk mengelakkn virus. Coz aku dpt the same file frm Dayah. Sape2 yg dpt non-stop email 'BEAUTIFUL AIRPLANES FRM JAPAN' sampai beribu2 inbox tolong reply kat aku.

Monday, August 02, 2004

LEAVING ON A JET PLANE

Linda mangsa emosi penonton?
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

KECEWA, terkejut dan membentak apabila keputusan Akademi Fantasia 2 (AF2), malam kelmarin menyaksikan Linda, peserta pilihan ramai tersingkir?
Apakah anda juga menangis apabila tragedi yang menimpa Zarina, dua minggu lalu, berulang dan kali ini menimpa sahabat baiknya? Lalu, apa lagi alasan perlu dicari untuk memuaskan hati? Menyalahkan Mas kerana masih terus bertahan walaupun saban minggu gagal memberikan persembahan memberangsangkan? Lemparkan seluruh kekecewaan yang terbuku di hati kerana yang pasti, Linda tidak mungkin kembali ke AF2. Pelajar dari Ranau, Sabah yang dikatakan memiliki ‘wajah pesona bintang’ akhirnya terpaksa akur dengan kehendak undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak berpihak kepadanya. Linda adalah mangsa keenam SMS yang terlebih dulu menggelapkan kerdipan bintang Edlin, Fitri, Anding, Zarina dan Nurul di persada AF2. Mengapa Linda yang perlu menjadi mangsa? Sekiranya itu yang ingin ditanyakan, mengapa tidak balikkan pertanyaan itu kepada diri sendiri? Anda mahu bakat Linda terus bersinar di AF2, malangnya, anda tidak bersikap jujur kerana mungkir menjalankan kewajipan bagi memastikan dia terus bertahan. Penyingkiran Linda menjadi bukti bakat dan pakej yang dimiliki bukan tiket untuk memenangi fantasi hati penonton. Sebaliknya, banyak faktor lain yang menyebabkan pelajar berusia 19 tahun itu keluar. Walaupun sudah menyempurnakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan baik setiap minggu, diberikan pula lagu dari pelbagai genre, bakat Linda gagal menyinar. Barangkali penonton lupa kepada peserta ini kerana pada permulaan konsert ke lapan, Linda kembali menduduki tangga teratas selepas beberapa minggu Zahid dan Mas mendahuluinya. Sepanjang lapan minggu di AF2, kedudukan Linda sebenarnya tidak pernah rapuh. Undian yang mencurah meletakkan dia sentiasa berada pada tangga tiga teratas. Sejak awal konsert pertama lagi, Linda sering mendahului 11 rakannya dengan jurang purata undian yang agak selesa. Namun, itulah kuasa SMS. Fantasi indah Linda akhirnya diranapkan oleh peminatnya sendiri. Menyorot perkembangan Linda selama lapan minggu di AF2, prestasi persembahan pelajar yang memiliki nama penuh, Nurlinda Nanuwil ini tidak begitu konsisten. Linda begitu mengagumkan pada tiga konsert pertama apabila berjaya menarik perhatian dengan kekuatan vokalnya yang hebat menerusi lagu Tak Tahan Lagi, Semoga Abadi dan Leaving On A Jet Plane. Prestasi persembahannya mula merosot apabila diberi tanggung jawab membawakan lagu yang pernah dipopularkan Ziana Zain, Madah Berhelah. Dia seperti tidak bersungguh-sungguh, persembahannya juga tidak bermaya. Linda sekali lagi menghampakan apabila membawakan lagu Bunga Melur. Dia seperti tidak memberikan sepenuh tenaga untuk menghidupkan sentuhan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu. Bagaimanapun, pada minggu keenam, dia bangkit menebus maruah. Panti Asuhan lagu penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menyerlahkan kecemerlangan vokal Linda. Namun, dia kembali tidak konsisten pada minggu lalu apabila gagal memberi tenaga kepada lagu Akan Ku Tunggu. Malam kelmarin juga, Linda tidak memberikan sepenuh hati dan mutu persembahannya agak ‘tawar’. Nasib Linda sudah ditentukan. Sedihnya Mas yang tidak berdosa menjadi mangsa ketidakpuasan hati dengan keputusan yang diumumkan. Meskipun Mas adalah pelajar paling lemah, tetapi bukan kehendaknya untuk terus bertahan di AF2. Peminat yang menentukan dan kerana itu, apabila dia di’boo’ penonton sewaktu Linda melangkah keluar, Mas mempamerkan wajah keliru. Salahkah Mas andai undian peminat berterusan dan membawanya hingga ke peringkat akhir walaupun dia masih gagal mempamerkan mutu vokal yang membanggakan pada konsert, malam kelmarin? Mas masih mengecewakan pada konsert ke-8 walaupun ada sedikit peningkatan berbanding minggu lalu. Dia seperti sudah tidak mampu lagi untuk bersaing dengan rakan-rakannya yang jelas semakin cemerlang dan meyakinkan. Adam pula gagal menghidupkan lagu yang dipopularkan mendiang Broery Marantika, Kasih. Di tangan Adam, Kasih menjadi hambar dan tidak bermaya. Cukup kesal kerana Adam tidak memanfaatkan ilmu yang ditimba untuk membuktikan dirinya berkemampuan untuk memberi saingan. Nasibnya baik kerana dia punya ramai peminat, terutama wanita kerana berwajah kacak. Empat peserta lain iaitu Zahid, Bob, Farah dan Kaer membuktikan keunggulan dengan memperlihatkan kesungguhan mereka untuk menempa tiket ke konsert akhir. Zahid dengan penuh perasaan melontarkan Semusim nyanyian Marcell dengan baik. Vokalnya yang dinamik mendapat pujian pengkritik, Anuar Zain. Farah menunjukkan tahap keyakinan yang semakin tinggi apabila berjaya melunaskan Bebas Berlari daripada Nora begitu cemerlang. Kawalan vokalnya juga pada tahap terbaik dan tidak mustahil, dia bakal menjadi penyanyi dihormati jika terus berusaha. Bob membuktikan dia adalah penyanyi versatile apabila membawa baik lagu Too Phat, Alhamdulillah. Namun, kemuncak pada malam itu ialah persembahan Kaer. Dia seperti mendapat semula semangatnya yang hilang dan memberikan persembahan penuh bertenaga dan hidup menerusi lagu, Mentera Semerah Padi. Kini tinggal enam lagi pelajar yang meneruskan cabaran iaitu Farah, Mas, Adam, Zahid, Bob dan Kaer. Pastinya, seorang lagi pelajar akan tersingkir sebelum acara kemuncak berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 14 Ogos ini. Siapa? Anda yang menentukannya!



PS://AKU GERAM GERAM GERAM NGAN PEMINAT MAS YG BODOH, BUTA DAN TULI.

Friday, July 30, 2004

hai hai

boring lagi. Hari nak dekat separuh hari kat ofis pc anywere masuk kat pc aku utk trouleshoot bms punyer prob. So aku pun melayari internet dgn dedikasi nyer di pc server. Tadi masa semayang jumaat aku turun beli lunch terserempak ngan budak2 Malaysia Idol 3rd worksop. Yg lain aku tak perasan sgt, yg aku perasan budak dr Sarawak yg nama Saiful tu. Patut la Roslan Aziz ingat dia pompuan. Budak tu mmg cute sgt. Kulit muka dia mcm kulit muka pompuan, kecik jer org nyer. Sapa2 nak tgk wayang tgk la citer beautiful boxer dr Thailand. Mesti memberi satu kelainan laipun it is based on true story. OK HAVE A NICE WEEKEND.

PS:// JGN LUPA AFUNDI ADAM N KAER, N FARAH.

Thursday, July 29, 2004

Rakyat Malaysia yg Psyco !!!!!

Skang ni kes bunuh byk kan....Dulu plg malas nak tgk berita, tp skang berita dah makin best kan. Bukan apa, byk sgt kes sadis skang ni. Yang terbaru kes bakal graduasi UKM yg kena bunuh ngan ex-boypren dia. Sapa yg ada member Mrsm Taiping maybe kenal ngan arwah kot. Dia bekas pelajar MRSM Taiping. Anyway skang ni apa2 pun boleh jadi, so extra careful is the best way, especially utk pompuan. Org laki skang makin ganas. hi takut nyer....

Wednesday, July 28, 2004

BUSY KER????

Busy ker semua org. Blog ni dah tak ceria coz makin hari makin sikit org masuk. Cat ni sejak jadi librarian tak masuk dah blog ni. Ajak la Mila skali. Ila maybe bz ngan persiapan kawin kot. Bila dia nak nikah?? Mala woi apsal ko tak masuk blog aku??? Maznee n Mr Zack tak tau ker pasal blog ni. Hmmm lai saper yer. Ha Mr Adnan pun dah lama tak dengar citer. Dayah pun dah lama tak masuk.

 
ps// lama tak dengar citer korang....

Tuesday, July 27, 2004

PENGUMUMAN

Sape2 yg dah menduduki ujian PTD sila lah melayari laman web ini http://spa2000.spa.gov.my/pertanyaan/keputusan_ujian.html
Aku dah check tak dapat. heheheheh

Waa Mengantuknyer !!!

Korang mengantuk tak ??? Aku ngantuk giler skang ni. Rasa mcm nak tido lak. Kalu time sek dulu dah lama tido kat meja. Kadang2 tersengguk sengguk time menulis, sampai tulisan dah mcm cacing kerawit. Kalu dah ngantuk tu mesti la xde mood nak buat kerja. Takpe diaorg bukan tau pun aku tgh taip apa ni. Haa utk mereleasekn tension apakata korang beli vcd or dvd eurotrip, best gak citer tu, ala2 american pie. hahahah kelakau kelakau....

Friday, July 23, 2004

WHO WILL BE TOP FIVE???

Malam esok aku rasa Nurul akn kuar akhir nyer. Aku punye tekaan utk top 5 ialah Linda, Farah, Mas, Zahid n Adam. Korang rasa lak mcm mana??? Mlm ni aku rasa utk Malaysia Idol lak, yg akan terpilih ialah Dina, Shima, n Nikki. Hmmmm......apa pendapat korang

Thursday, July 22, 2004

Tak balik Kampung ker???

pppppppppKorang semua tak balik Kg ke bln 8 ni. Ingat nak balik time cuti sek, tapi adik yg kat UTM tu balik awal la pulak. So terpaksa la balik awal. Kak Shima mesti balik kan coz Ayin balik. Hmmm kesian akhir nye tak jadi gak nak kirim apa2, kirim sushi jer la hihiihhi. Cat kalu balik jgn lupa ikan pekasam aku, beli yg kat pasar malam lagi best kan. Kpd yg nak balik kg, selamat bercuti la nanti. Dgr cite lebuhraya Pantai Timur (LPT) dah siap. Depa bagi free tol sampai sbln. Lepas ni senang la rombongan Shahrul nak gi umah Ila, 2 jam jer dah sampai. Mijon pun mesti makin kerap balik kampung kan. Cite pasal org2 Pahang ni, teringat lak best fren Kak Shima, iaitu Kak Shima besar, ape cite yer?? uuuuuuuuuuu

Wednesday, July 21, 2004

COKLAT BAIK UTK MERANGSANG OTAK ANDA

Nape aku tulis mcm tu??? hehehe coz aku tgh mengunyah coklat skang ni. Dari tadi lai sampai nak abis satu plastik Roast Almond Cadbury. Satu bijik pun aku tak offer kat budak ofis aku ni. Setelah dikuyah2 aku rasa makin rajin lak nak buat program. Aku rasa betul la kot, coklat ni boleh merangsang otak n mood kita. So pada sapa2 yg tension pegi la beli coklat byk2, pastu buat la kerja elok2. OK
 
INI ADALAH PESANAN DARI PENAJA

HAI APER CITER???

oi apa citer semua. Senyap jer, semua balik kampung ker??? hmmm aku pun mcm malas jer sejak kblkgn ni. Ada citer baru tak. Apa lagi lapor la. Bila lagi nak jumpa balik ni. Tapi pastikn semua org dpt dtg ler, termasuk Mala ek. Pony lak tak masuk blog ni ker?? dah lama tak jumpa dia. Emmm sapa lagi ek??? Mijon hidop lagi ker (hehheheh...agi idup agi ngelaban) bila dia nak beli h/phone. Tapi aku rasa dia takkan beli kot, nanti ramai lak yg call bergantung harap.hihiihhi. Anyway citer la apa2 kat sini. Boring ler

 
ps:// bila cat nak beli ikan pekasam aku???

Wednesday, July 14, 2004

JOM GI MAKAN RAMAI2 !!!

Jom la gi mkn ramai2. tukang belanja ialah Kak Shima n Cat becoz, sorang baru promoted, sorang lagi dah dpt keje. Emmmm pastu Ila, becoz dah nak kawin, n mijon yg dia janji nak buat house warming. hehhehehe best nyer....

Monday, July 12, 2004

I'M SO SORRY KETA U CALAR LAGI !!!

Masa on d way keje tadi, masa nak buat u turn, ada la sebuah keta belakang aku rapat sgt. Masa tu pulak , jln berlubang2, so enjin keta mati ler (hehheheeh) Dah mati tu keta aku terundur la sket, abis tu apa lagi selamat la. Bonet keta aku kena pintu depan dia, mmg kemek la. Yg lawak nyer, kejadian tu betul2 dpn polis trafic (tp sbb dah jam giler polis tu buat dek jer)Aku apa lagi hidupkn enjin n terus blah la. Emmmm kalu kena pun bukan salah aku, yg kau duk rapat sgt nape, bahalol, badigol, toyol, babi, n etc.

PS// Nasib baik keta Mr Anatanoe tak kemek just calar jer (sorrryyyyyy)

Friday, July 09, 2004

THANK YOU

Smlm gi gym masa lunch hour. Berpeluh la jugak, pastu mandi n cont keje. Thanks to Kak Rose coz ajak saya gi gym, kalu tak sampai behenti kerja pun saya tak tau kat sini ada gym. Thanks to Hakim coz sudi ajar saya buat vb, thanks to Kak Ina coz byk guide saya n include kan saya dlm coda team. Tnks to En Fazrul coz ajar psl pc n network. Thanks to Kak Ba n the rest. But a very special thanks to my parents coz sudi bagi duit emergency hehhehe dan juga pada boypren yg juga sudi bagi duit emergency hiihhi,pengangkutan,n the most important thing is a lots lots lots of huge love, respect, n care.

Utk kawan2 I will never forget u guys. Emm aku ingat lagi, zura suka mkn laksam kat pasar mlm sek 6, cat ngan kuewtiau dia la.Kak Shima lak semua lauk2 yg kecik2 tu la dia suka, emmm Mala lak aku rasa dia tu suka mkn ikan talapia letak cili kat atas tu. Mijon mkn semua benda, tolak kayu batu jer. Mazni aku tak tau coz dia jarang ada kat umah, coz anti sosial.Kalu korang ingat aku suka mkn apa???

Thursday, July 08, 2004

Semoga Cepat Sembuh!!!

Patut la aku tunggu dia call dari tadi tapi tak call2 pun. So, aku call ofis dia siasat. Hmmm tak dtg kerja rupanya. So aku call h/set dia, lo... demam rupanya. Cian kat dia. Tu la lain kali jgn standby, kalu nak standby pun dtg la amik keta dulu, so tak yah la berembun balik pukul 1 pagi. To Mr Anatanoe,cepat la gi clinic n makan ubat ok.

Wednesday, July 07, 2004

To Bakal Pengantin

Ila, nanti sanding pakai baju warna apa, akad nikah lak warna apa?? Berapa persalinan, n pelamin n bilik warna apa. Emmm warna tema kau la. Barang hantaran dah siap beli ker?? Set brg hantaran warna apa lak. hehehehhe duit hantaran bape????Semuanya apa n berapa

Nak Pesan

Kak Shima cuba tanya Ayin berapa harga Lap top kat sana. Kalu murah nak pesan ni. N then lagi satu, tanya dia keta or motor kat sana murah tak??? TANYA TAU!!!! To Ila n Uda kalu n antar resume kat sini antar jer la. Direct to Human Resource kat sini. Alamat dia, pandai2 la masuk website TV3.

Tuesday, July 06, 2004

Hari ni Suram

I HATE ............Hari ni h/set hilang tak tau kat mana. Emmm apa perasan kalu kita kena tuduh ngan sesuatu yg kita x penah maksudkn n buat, byk kali pulak tu. Sedih sangat. I HATE.......

Hari ni Suram

I HATE ............Hari ni h/set hilang tak tau kat mana. Emmm apa perasan kalu kita kena tuduh ngan sesuatu yg kita x penah maksudkn n buat, byk kali pulak tu. Sedih sangat. I HATE.......

Hari ni Suram

I HATE ............Hari ni h/set hilang tak tau kat mana. Emmm apa perasan kalu kita kena tuduh ngan sesuatu yg kita x penah maksudkn n buat, byk kali pulak tu. Sedih sangat. I HATE.......

Monday, July 05, 2004

AKU DAN PETANG

Perasan tak (kalu tak perasan takpe) Kalu ptg2 ni mesti otak dah jadi lembab. hehheheeh sbb tu la makin giat masuk blog ni. Dah buntu dah nak buat programing,..kelakar tau, masa mul2 dpt IT dept, rasa mcm nak pengsan, sanggup nak mintak apply dept lain, tapi xdpt.Pastu dpt lak offer dari datuk jd (......)mls nak ckp, pun tak nak. Akhir nyer terperuk la aku kat sini. Nak apply library tak reti nak buat cataloging. Aku ingat nak masuk AF or Malaysia Idol la pulak,..hihihi xde la. hmmmm kalu bole nak jadi DONIA la. Kak Shima tau tak apa maksud nyer????

Question Mark ?????

Sape lagi budak2 PM yg dah kawin???Ila apa citer Mok Ude???Dia keje kat mana???Duk kat umah kau lagi ker???Apa cite wawa,zu,n semua budak2 24 dulu. Mala, bila kau nak masuk blog ni???Zura lak tak nak masuk ker???Emmm lupa lak nak ckp hari tu adik Kak Shima (Kim Salanngg) ada interview Tok Penghulu,hihhihi jgn terkezut kalu dia jadi ahli politik nanti.Utk Mr Adnan, jemput la budak2 umah kau masuk blog ni. N bila nak buat reunion???

Kampung Girl

Best ker keje kat KL???Bagi aku tak best langsung. Kat KG kerja jaga paip pun seribu lebih (betul ker)tak yah bayar sewa umah, tol, parking, n etc. So boleh save duit. Silap hb yg duk kg keje cikai2 dah bole beli BMW,sapa tau kan.Kalu bole nak keje cikgu, sambil2 tu berniaga kecil-kecilan. Kenapa cikgu???Sebab waktu kerja singkat, so boleh concentrate utk bisnes lak.Emmm Mr Anatanoe, betul tak???

Malaysian Idol n Rakyat Malaysia

Kalau sape tgk Malaysia Idol, especially episod yg latest, baru sedar yg Rakyat Malaysia ni ramai yg OTAK TAK CENTER. Waaa aku malu nak tgk, tapi makin malu makin nak tengok, hihihi. SEDIH. Ramai yg tak sedar diri, tak cermin diri sendiri. Diaorg ni semua patut hantar gi Khidmat Negara jer. Sore mcm cipan ada hati nak jadi SUPERSTAR. Kalu tgk mamat kelate tu, lagi aku malu nak ngaku senegeri, ramai yg rude n mcm takde maruah. Apa la best sgt nyer jadi penyanyi. Banyak lagi kerja kosong, contoh nyer, petani, pembajak sawah, n peragut beg tangan org. hehehehe

macam mana nak masuk Archive??

Kak Shima mcm mana nak buat yg lain tu masuk archive ek. Pastu nape org punye personal detail tu dah ke bawah??? Please assist.Kpd Mr Anatanoe, boleh tak call saya.

Friday, July 02, 2004

AFUNDI FITRI,KAER,MAS,ZAHID,NURUL,ADAM!!!!

Besok jgn lupa tgk konsert AF. Yg penting afundi Fitri byk2 coz dier kat tpt last skang. Aku harap minggu ni BOB kuar coz dah bosan tgk peel dia tu. Dia tu mcm syok sendiri n anggap diri sendiri cute. hiy.. naik rimas aku.Aku plg nak tgk Linda nyanyi, coz conform sore dia pecah ngan lagu Ziana Zain tu. Anyway, lagu Tegar is my fav song. Harap Mas bole nyanyi nagn elok. See u next week. Have a nice weekend. To Mr Rizal jgn lupa bawak Kak Shima gi Zoo, hehheehe.

WORK ATTITUDE

Aku bukan tak der keje, asyik melepak dlm blog ni. Dah keje aku mengadap komputer jer dr pagi sampai ptg. Boring2 ker, tension ker, masuk la sini. Yg lain tu aku rasa sama ada depa nak tau nak guna (Oi MALA xkan tak leh masuk lagi kot)atau kat tpt keje diaorg x bagi surf internet. Itu sajo

Kerja Kerja Kerja....

Susah tak kat tpt kerja korang?? Cat kau kat bhgn apa?? Aku tgh tension tapi sempat lagi jenguk blog aku. Aku kena buat programming, nak kena submit Rabu ni, tapi tak reti, waaaa sedihnyer. Jadi cikgu lagi bagus...Korang tak apply KPLI ker???Korang tahu tak masa PTD hari tu aku dok seb Dayah. Abby, Nazri, Nuridayu, Poji, lagi 3 org lupa lak nama. Mala pun dapat gak. Tapi aku rasa aku tak dapat, coz pandai sgt jawab soalan. hehhee

NOBITA DLM KENANGAN

Aku tak tahu la sapa yg salah,..tapi walau byk manapun org kutuk Bita,dia tetap pernah jadi member aku masa sek dulu. Anyway, kalu aju jadi wife Hanif Basree aku mintak cerai talak 4. Emmm apakata nanti semua time gaji ni kita gi mkn ramai2 kat mana2 la. Nak tak, at least lagi murah dari mijun buat hari tu,..ekekekek jgn mare...

Thursday, July 01, 2004

Frenz Forever!!!

Smlm Ann call,... dah lama tak dgr kabar, tup2 call ckp nak hantar barang. Hihihi mesti besday present aku. Oi Dayah, Adan bagi apa masa besday kau. Mmmmm..takkan bagi baby lagi kot,ekekeke, jgn mare, gurau sajo.
Lupa lak Kak Shima skang umur bape dah? Mr Rizal lak mesti dah tua kan, hihihi. Cat!!! mcm mana kerja, best tak?? Selamat menempuh alam pekerjaan. Kak Shima, housemate Kak Shima yg kerja kat Telekom tu, department mana. Mana la tahu bole jadi spy, almaklum la ORG LAKI ni baik mcm mana pun takleh caye sgt. Sapa setuju???!!!

Wednesday, June 30, 2004

Moshi Moshi !!!

Smlm balik kerje terus goreng keropok coz lapar, nasib baik housemate masak, so saya just mkn jer la.Lepas tu tgk drama indon (hero dia hensem) n sambung tgk AF lak. Tgk berita terkezut ngan insiden ragut yg kali ni mengorbankan org yg ingin selamatkn mangsa. Kalu mcm ni nanti, dah tak ramai org nak tolong mangsa ragut, betul tak??!!Skang ni MACAM2 ADA. Apa komen korang ngan isu potong kepala, oleh org Islam terhadap org bukan Islam. Korang sokong ker tak??? To Mr Anatanoe sila bagi komen jgn nak merajuk lagi OK. I'm so sorry.
PS// Smlm amik gambar ngan Nurul n Wani, nanti nak buat potret besar black n white, nak gantung kat ruang tengok tv. Hihihih seronok giler, sbb tu la tidor lambat.

Tuesday, June 29, 2004

Macam mana nak kurus??

Sapa tahu apa petua nak kurus tanpa diet n senaman?? Sejak keje ni badan dah naik,produk apa yg bagus yer, tapi jgn la sekurus Cat n Kak Shima hahahha.Korang ni semua (ps//Ini utk kaum hawa sahaja) sejak kerja ni pakai make up tak? Ada tak mamat2 kat tempat kerja nak tackle n apa reaksi korang?? Sekarang Lunch hour tapi malas nak gi mkn coz asyik duk surf internet jer, cheee org tgk mcm rajin jer budak tu buat sistem padahal duk taip benda ni. Lepas ni nak jumpa user, ada benda nak kena settle, kalu tak esok aku kena sembur ngan bos. Ok jumpa lepas ni kay.

Hari ni makan jem lagi

Benci benci benci... Semalam jem hari ni pun jem.Skang ni umah yg aku sewa mmg syok, housemate pun syok.Tapi yg tak best nyer asyik jem je. Smlm sampai ofis kul 9.10, hari ni kul 9.03 minit tapi aku tulis 9.00 tepat, heheheh.Bawak keta mcm org giler,queue tol aku main potong jer, mesti ramai yg marah kat aku, sorry dah terpaksa. Umah Kak Shima skang ni, dekat ker ngan tempat keje, kalu jalan kaki pun boleh sampai ker.Mesti best kan. Smlm balik keje jer terus mengadap Astro channel 15 n 4, sampai kul 12.30 mlm. Mlm ni pun sama, hihihi gua dah demam...

Monday, June 28, 2004

Lagi pasal Akademi Fantasia

Kalu korang tgk konsert AF yg ke3, korang mesti perasan yg Anding mcm over acting masa Edlin kena kuar kan. Aku tgk pun malu. Haiya manyak malu itu laki nangis. Tapi hari ni kalu korang masuk forum AF, mmg la ramai yg kutuk cara dia, tapi ada sekor dua ni cakap dia ada asma, n kalu perasan Farah ada hulur inhaler kat dier, n masa mak dia call mak dia ada pesan jgn mandi malam. Emm betul ker?? korang ada perasan tak??? Well dah takde la love bird kat AF ni, pasni tinggal Zahid+Farah n yg terbaru Linda+Kaer. Sapa SOKONG???

Friday, June 25, 2004

Akademi Fantasia

Sapa yg nak komen psl AF, apa2 je la dr konsert ke perangai sekor2 budak2 AF tu, komen la kat sini. Anyway smlm betul ke Sheila on 7 dtg masa diaorg buat latihan, best kan. Aku tak tgk smlm. Tapi mlm ni aku mesti tgk. Harap2 Fitri x kuar, biar la Farah kuar dulu coz dia yg plg gedik.

ENGLAND KALAH

Well, sepertimana yg kita ketahui, smlm England Kalah. Aku xsedih, tp terkilan coz England umpama pasukan penyeri dan ada ramai penyerang yg best2 dan hensem. Yg aku sedih Itali kalah, coz aku mmg minat giler since dr kecik lagi. Jerman pun dah kalah, aku mmg tak suka pun. Semua pasukan giant dah tewas.So. korang rasa sapa yg menang? Sila lah kemukakan pendapat anda. Aku rasa Perancis kot. Hari ni kat TV3 semua pakai T-Shirt Euro, aku x pakai coz xbaca email, yg ari ni kena pakai t-shirt tu.Kalu aku tau aku dah sarung tshirt Itali aku. Actually aku dpt England punyer, tp aku tukar ngan member yg dpt Itali. emmm buat susah aku jer gosok baju kurung ari ni.

Rindu la Pulak

Korang penah tak rasa rindu masa zaman2 sekolah n masa study kat Uitm dulu? Aku rasa aku la yg plg menyampah masa nak pegi class, selalu ponteng coz nak sambung tido,.. heheheh rupa2nya time keje pun susah nak bangun tido, lebih2 lagi kalu aku tgk housemate aku 2 ekor lagi tu tgh terbungkam nyeyak lagi. Adoi, dulu kalu x masuk class ada la member n boypren tolong sain kan, skang mana leh dah, tupun kadang2 kalu dah terdesak sgt, sebab dah jam mcm giler, aku suruh gak sorang member ofis tolong sain kan,tp xkan hari2 nak surh dia malu gak kan.ishhh penat betul duk kat KL ni, mana2 mesti jam, sana sini TOL TOL TOL,.. Time ni la aku mula rindu nak balik kg, waaaa cuti aku tinggal 9 hari lagi, MC semua dah aku sapu, aku rindu nak balik, nak tido kat bilik aku (tido lagi)Dulu masa sek, kalu malas sgt aku nyorok dlm loker pagi tu, lepas warden chek aku kuar balik cont tido, coz malas punyer pasal, lebih lagi time matematik, bosan n x pandai. Anyway kalu terkenangkan balik, gelihati kan ,alah kiter bukan nyer jahat, tp nakal jer, maklum lah budak2 tgh membesar. Kat Uitm pulak, tpt kita mengenal dunia ngan lebih jauh, mata n minda pun terbukak besar la sket, emmm masa ni la nak cari boypren, girlpren. Cakap psl bercinta ni, bila la boypren aku nak dtg minang???

Tuesday, June 15, 2004

aper citer???

apa lagi share la

Oit budak2 maher n UiTM

korang buat apa skang??? Sapa yg dah kawin angkat tangan, yg dah ada anak angkat kaki. Hehehe. Sapa yg baru nak makan nasi minyak jgn lupa call aku and hantar kad kawin ke alamat umah aku. Kalu tak tahu alamat aku, call no.tel aku, Kalu dua2 tak tahu, sah kau bukan member aku. Pandai2 la cari sendiri ok.