Monday, November 22, 2004

Renungan Syawal

Ni aku amik dr website pakdi, sori tak mntak izin, tp utk pengetahuan semua tak kisah la.

1. Nape jemaah Islam diglr propmbkng?

Ini adalah masalah perlabelan sesetengah pihak terhadap gerakan-gerakan Islam untuk menakutkan orang ramai kepada gerakan. Di Malaysia, gerakan-gerakan Islam memang sering disinonimkan dengan pembangkang. Sebab utamanya adalah, PAS adalah gerakan Islam terbesar di Malaysia dan ia menggunakan wasilah politik.
PAS adalah salah sebuah gerakan Islam yang menyertai pilihan raya dan sistem demokrasi tidak menghalang kewujudan pembangkang. Pembangkang perlu wujud sebagai agen check and balance. Namun, pembangkang sering digambarkan sebagai anasir jahat, penghalang kemajuan negara, penghalang perpaduan, agen penghasut, golongan anti-establishment dalam negara dan tidak lagi sebagai satu elemen berkesan untuk mengekang pemerintahan kuku besi (dictatorship). PAS masih belum memerintah Malaysia, justeru ia merupakan salah satu parti pembangkang di peringkat Persekutuan namun di Kelantan hari ini, PAS adalah pemerintah dan Barisan Nasional (BN) pula adalah pembangkang.
ABIM dan JIM merupakan gerakan Islam lain yang wujud di Malaysia. Matlamat mereka sama dengan PAS iaitu menegakkan syariat namun dengan kaedah yang berbeza, iaitu mereka bergerak dalam bentuk Non-Governmental Organisation (NGO), dan bukannya parti politik.
Disebabkan matlamat mereka yang sama dengan PAS, lalu mereka juga digelar pro-pembangkang. Mana-mana organisasi Islam lainnya yang matlamatnya sama dengan PAS, akan dapat gelaran yang sama - pro-pembangkang. Malah, sekiranya PAS menarik diri dari pilihan raya, sudah tentu gelaran lain pula akan diberikan mengikut kesesuaian lain.
Ini adalah satu lumrah dalam hidup seorang pejuang Islam. Nabi Muhammad saw dahulu pun digelar dengan pelbagai gelaran buruk seperti ahli sihir, orang gila, pemecah belah masyarakat dan sebagainya. Tetapi gelaran itu semua tidak sama sekali menutup kebenaran Islam.
Kalau di negara-negara lain, gerakan Islam disamakan dengan gerakan keganasan. Apabila terjadinya sesuatu kejadian buruk, maka dengan cepat gerakan Islam dituduh mendalangi keganasan tersebut. Hal ini bermula sejak kejadian 11 September dan trend menyamakan gerakan Islam dengan keganasan semakin lama semakin hebat.
Maka, apabila kita sudah berdakwah dan digelar dengan pelbagai gelaran yakinlah sesungguhnya kita berada di jalan yang benar. Firman Allah swt:
Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui. (al-Maidah:54)
Celaan dan perlabelan seharusnya tidak menjadikan kita lemah, tetapi kita seharusnya menjadi lebih kuat dan menganggap sebagai satu ujian bagi menjadikan kita seorang yang benar-benar iltizam dengan suruhan Allah dan RasulNya.

2. If orang bkn islam msk islam mrke diajar yang xde paksaan dlm islam,tp jike mreke murtad mreke dbunuh,bknkh itu paksaan agr mrk xkluar dr islam?
Ada 3 isu yang perlu dibincangkan.

1. Tiada paksaan dalam menganut agama IslamIslam sama sekali tidak memaksa mana-mana manusia menjadi Muslim. Terpulang kepada setiap individu untuk beriman kepada Allah dan Rasul ataupun tidak. Ini adalah jelas disebut dalam Quran.
Paksaan menganut agama Islam adalah berbeza dengan kewajipan melaksanakan tuntutan Islam. Seseorang yang masih belum Muslim, maka dia sama sekali tidak perlu bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan kewajipan lain. Malah sekiranya dilaksanakan undang-undang Islam, dia boleh memilih sama ada mahu dihukum dengan hukuman Islam ataupun tidak.
Namun, bagi mereka yang sudah menjadi Muslim, maka kita terikat dengan kewajipan untuk melaksanakan semua suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Tidak ada alasan bagi seorang Muslim untuk sengaja meninggalkan kewajipan yang difardhukan ke atas kita.
Namun, persoalan 'kebebasan dalam Islam' sering dikelirukan. Analogi mudah dengan kehidupan seorang tentera. Negara tidak pernah memaksa rakyatnya untuk menyertai tentera. Mahu jadi tentera atau tidak, itu pilihan masing-masing. Tetapi, apabila sudah menjadi tentera maka kita perlu patuh dengan undang-undang tentera. Ada masanya tentera perlu memakai pakaian seragam tentera dan ada masanya tentera dibenarkan memakai pakaian orang awam. Malah, ada ketikanya anggota tentera tidak boleh bercuti sama seperti penjawat awam yang lain.
Orang tidak pernah mempersoalkan undang-undang tentera kerana mereka faham. Tetapi Islam sering dicemuh 'tidak ada kebebasan' sebab menyuruh penganutnya menutup aurat, jangan berjudi, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, dan sebagainya. Ini disebabkan orang yang mencemuh itu tadi tidak pernah faham tentang Islam. Sedangkan, semua orang Islam wajib untuk patuh dengan ajaran Islam seperti mana seorang tentera perlu patuh dengan undang-undang tentera selagi mana dia menjadi anggota tentera.

2. Keluar dari agama IslamKeluar dari agama Islam ataupun murtad merupakan jenayah yang besar dalam Islam. Murtad menandakan seseorang itu telah mungkir janji kepada Allah swt. Kalau berjanji sesama manusia dan ia dimungkiri pun boleh menjadi kesalahan, inikan pula berjanji kepada Allah, Tuhan dan Pencipta Alam ini.
Murtad hukumannya adalah bunuh. Namun bukan semua orang yang murtad ini terus dibunuh dan boleh dibunuh. Ada peringkat dan syarat yang tertentu.
Memilih untuk murtad sama sahaja dengan memilih untuk menjadi seorang pencuri dan jenayah lain. Nak murtad murtadlah, tetapi ada hukuman menanti. Nak mencuri pun mencurilah, tetapi ada hukuman yang menanti. Sebab ia adalah perbuatan jenayah yang digariskan dalam Islam. Kita tidak mampu menghalang seseorang itu murtad, tetapi apabila didapati bersalah tanpa sebarang syubhah, maka hukumannya adalah bunuh.
Orang murtad masih dihukum dengan hukuman Islam kerana dia melakukan jenayah semasa masih menjadi seorang Muslim. Maka, hanya undang-undang Islam sahaja yang boleh dilaksanakan terhadap kesalahan murtad itu tadi. Dia boleh lari dari pihak berkuasa, tetapi dia akan menjadi buruan akibat perbuatan jenayahnya.
Sama seperti seorang pencuri di negara kita. Kalaupun dia lari ke Singapura, dia masih dikehendaki sebagai penjenayah di Malaysia. Adakah perbuatan lari dari Malaysia membebaskan dirinya dari dihukum selaku seorang pencuri mengikut undang-undang Malaysia?

3. Tidak ada hukuman had sekiranya wujud syubhahSekiranya sesuatu kes murtad berlaku, maka ia perlu diselidiki. Perlaksanaan hukuman tidak berlaku sewenang-wenangnya. Hukuman bunuh itu tadi hanya boleh dikenakan sekiranya memang benar dia memilih untuk murtad setelah dia faham Islam. Sekiranya dia murtad dalam keadaan dia jahil terhadap Islam, maka tindakan lain seperti kaunseling, sesi penerangan terhadap Islam, sesi diskusi akan dilaksanakan.
Seorang graduan Syariah yang murtad adalah berbeza dengan seorang yang jahil agama yang murtad. Sama keadaannya seperti orang yang mencuri sebab kelaparan dan yang mencuri sedangkan dia boleh mencari rezeki yang halal lagi.
Justeru, apabila ada orang yang mahu kenal Islam, perkara asas yang perlu diajar adalah tauhid dan ibadah-ibadah khusus. Persoalan murtad bukanlah perkara paling penting untuk diajarkan kepada mereka yang mahu kenal Islam kerana asas-asas Islam tidak wujud lagi dalam diri mereka. Maka, apabila kita terus sebut hukuman murtad adalah bunuh maka sudah tentu ia akan menambahkan ketakutan terhadap Islam. Biarlah kemanisan menjadi seorang Muslim dirasai terlebih dahulu sebelum kita mengajar sesuatu perkara yang memerlukan kefahaman Islam yang jelas.
Nak jadi jurutera pun, kena mahir tambah tolak bahagi darab terlebih dahulu. Mana mungkin kita boleh mengajarkan seseorang itu ilmu algebra, trigonometri, bulatan dan sebagainya kepada budak darjah 1. Sudah tentu, budak darjah 1 tadi akan berasa takut dengan subjek matematik sebab merasai susah dalam pembelajaran. Biarlah budak darjah 1 merasai seronok bermain dengan nombor dahulu dan apabila asas matematik sudah kukuh, barulah subjek seperti pure math diajar di peringkat yang lebih tinggi bukan?
Wallahua'lam

Hari yg tak best, coz dah start keje...

Hai hai hai, i'm back again. Hari ni start keje, mmm mcm malas jer nak tinggalkn kelate n dtg sini, nasib baik la ada tunang ku disini, tu jer la yg buat aku ok sket nak dtg sini. Balik kelate ari tu, terkejut gak ler tgk perubahan mendadak Kota Bharu, mcm mcm adaaaa. Byk bangunan baru naik, esp shop lot, ada yg mcm ala2 bangsar, n ada satu shopping complex baru yg mcm One Utama, not bad la, cuma tak buka semua lai.
Tapi apa yg tak penah berubah kt kelate ialah, mknn nyer tetap the best, aku balik tibai puas2 mknn, esp buah tanjung, nyum nyum manis lai berkrim. Aku ingat lai, ada sorang member ofis nak gi kelate utk segmen MHI, sblm pegi dia tanya aku, pakaian mcm mana nak pakai kt kelate, aku ckp pakai mcm biasa la, mcm dia pakai skang ni, kebetulan dia pun bertudung. Balik dari sana, dia ckp mknn mmg best, kain baju murah2 n lawa n yg plg penting baru dia tahu yg kelate ni lain dari yg lain. Tak cayer dtg sendiri ler.
Anyway, masa tunang tu mmg best sbb mcm reunion budak2 sekolah aku pn ada, perjumpaan semua sedara mara n kawan2 lama yg dr kecik lai. Mmg ramai giler, sbb ari raya. Budak2 UiTM yg dtg ialah Wan Rusydi, Pijo, Mat Mi, Pok Ga, Ro n Qayyu. Semua budak2 kelate la, nasib la tunang aku ramai member ore kelate .
Theme caler ialah pink, nanti la aku load gambar kt sini, aku tak bwk lai gambar coz mak aku nak tunjuk kt geng2 dia lak. Apa la yer, hehhehe, tak tahu la korang tapi ari tu, Tan dtg gak sini. Selalu nyer org laki tak dtg kan, tapi utk org jauh boleh la, kitaorg takde la ikut adat sgt, janji tunang, abis cerita. Itu sajo, nanti kita citer lai.

Friday, November 05, 2004

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wei korang2 semua, aku disini ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.
To Kak Shima, Mala, Ila, Dayah, Cat, Pony, Rizal n Nan : Aku nak minta maaf banyak2 kalu ada terkasar bahasa or ada buat korang tersinggung dlm blog ni. Aku pun nak minta maaf kt ex-housemate masa kt 24 n 9 dulu. I love u all n kenangan kt sek 9 mmg plg best. Especially time main masak2 n masa mijun n etc terlompat2 atas katil sbb ada tikus. hahaha. Aku pun ingat lai masa budak umah Nan dtd buka pose kt umah kita. Hhahahah. Abg Min siap bwk makanan lai.
Dulu selalu buka pose kt bilik depan, sambil tgk citer jepun, ingat tak??? Tapi kita sempat pose sekali jer la kt sek 9, coz lepas tu kita pose time cuti kan.
To Romatan Bin Romainor : Kita jumpa balik Raya ke-3 ni ok.

p/s: Ila kim salam kt yg lain ok n Selamat Pengantin Baru.


AKU BALIK MALAM NI, OK LA GUYZ ENJOY YOUR HARI RAYA HOLIDAY, BUBBYEE....



Wednesday, November 03, 2004

WHAT'S UP BABY!!!!

Apa citer, lama tak mengomel dlm ni, almaklum la ari Isnin cuti, ari Selasa aku mc, demam. Hari Rabu, aku tgh mengadap depan pc ni la. Bagus gak dpt daging subsidi raya ni. Dpt la beli daging separuh harga, amik kt stesen tv3 kt Peringat. Boleh la buat gulai menyambut bakal menantu. kekekeh.

So, Kak Shima, saper lai yg join buka pose ari Ahad ni??? Boleh senaraikan tak yg dah confirm. Sek 24 kt restoran mana???

Kesian kan pasal Dato' Kak Pah, tak sangka dia buat2. Member dah lama citer yg dia mmg mcm ada yg tak betul sket, n dengki kat Siti Payung, tapi kita still tak nak cayer. Last2 betul gak. Malu nyer jadi dia. Tapi lai malu kalu jadi anak dia. Cian kan
Kesimpulannyer akak kt dept Admin aku citer, jgn derhaka kt mak bapak.

Oh lupa la pulak. Ari Ahad aku n Tan gi KLCC, nak survey cincin, KLCC SALE GILER BABAN. Masa kt TopShop aku jumpa Pony. Dia dah tak keje kt company lama, dia amik HSBC tu. Gaji dlm 2 lebih la. Tapi takde cuti raya. cuti krismas je pjg. Klau korang nak ke mcm tu. Aku, klau dia bagi gaji 5 ribu baru aku nak. tupun aku tak stay lama la. Ish tak dpt ku bayang kan adik beradik kau tgh cium tangan mak bapak kau, tapi kau lak masih kt pejabat, ish ish isk tak nak..........