Wednesday, June 30, 2004

Moshi Moshi !!!

Smlm balik kerje terus goreng keropok coz lapar, nasib baik housemate masak, so saya just mkn jer la.Lepas tu tgk drama indon (hero dia hensem) n sambung tgk AF lak. Tgk berita terkezut ngan insiden ragut yg kali ni mengorbankan org yg ingin selamatkn mangsa. Kalu mcm ni nanti, dah tak ramai org nak tolong mangsa ragut, betul tak??!!Skang ni MACAM2 ADA. Apa komen korang ngan isu potong kepala, oleh org Islam terhadap org bukan Islam. Korang sokong ker tak??? To Mr Anatanoe sila bagi komen jgn nak merajuk lagi OK. I'm so sorry.
PS// Smlm amik gambar ngan Nurul n Wani, nanti nak buat potret besar black n white, nak gantung kat ruang tengok tv. Hihihih seronok giler, sbb tu la tidor lambat.

Tuesday, June 29, 2004

Macam mana nak kurus??

Sapa tahu apa petua nak kurus tanpa diet n senaman?? Sejak keje ni badan dah naik,produk apa yg bagus yer, tapi jgn la sekurus Cat n Kak Shima hahahha.Korang ni semua (ps//Ini utk kaum hawa sahaja) sejak kerja ni pakai make up tak? Ada tak mamat2 kat tempat kerja nak tackle n apa reaksi korang?? Sekarang Lunch hour tapi malas nak gi mkn coz asyik duk surf internet jer, cheee org tgk mcm rajin jer budak tu buat sistem padahal duk taip benda ni. Lepas ni nak jumpa user, ada benda nak kena settle, kalu tak esok aku kena sembur ngan bos. Ok jumpa lepas ni kay.

Hari ni makan jem lagi

Benci benci benci... Semalam jem hari ni pun jem.Skang ni umah yg aku sewa mmg syok, housemate pun syok.Tapi yg tak best nyer asyik jem je. Smlm sampai ofis kul 9.10, hari ni kul 9.03 minit tapi aku tulis 9.00 tepat, heheheh.Bawak keta mcm org giler,queue tol aku main potong jer, mesti ramai yg marah kat aku, sorry dah terpaksa. Umah Kak Shima skang ni, dekat ker ngan tempat keje, kalu jalan kaki pun boleh sampai ker.Mesti best kan. Smlm balik keje jer terus mengadap Astro channel 15 n 4, sampai kul 12.30 mlm. Mlm ni pun sama, hihihi gua dah demam...

Monday, June 28, 2004

Lagi pasal Akademi Fantasia

Kalu korang tgk konsert AF yg ke3, korang mesti perasan yg Anding mcm over acting masa Edlin kena kuar kan. Aku tgk pun malu. Haiya manyak malu itu laki nangis. Tapi hari ni kalu korang masuk forum AF, mmg la ramai yg kutuk cara dia, tapi ada sekor dua ni cakap dia ada asma, n kalu perasan Farah ada hulur inhaler kat dier, n masa mak dia call mak dia ada pesan jgn mandi malam. Emm betul ker?? korang ada perasan tak??? Well dah takde la love bird kat AF ni, pasni tinggal Zahid+Farah n yg terbaru Linda+Kaer. Sapa SOKONG???

Friday, June 25, 2004

Akademi Fantasia

Sapa yg nak komen psl AF, apa2 je la dr konsert ke perangai sekor2 budak2 AF tu, komen la kat sini. Anyway smlm betul ke Sheila on 7 dtg masa diaorg buat latihan, best kan. Aku tak tgk smlm. Tapi mlm ni aku mesti tgk. Harap2 Fitri x kuar, biar la Farah kuar dulu coz dia yg plg gedik.

ENGLAND KALAH

Well, sepertimana yg kita ketahui, smlm England Kalah. Aku xsedih, tp terkilan coz England umpama pasukan penyeri dan ada ramai penyerang yg best2 dan hensem. Yg aku sedih Itali kalah, coz aku mmg minat giler since dr kecik lagi. Jerman pun dah kalah, aku mmg tak suka pun. Semua pasukan giant dah tewas.So. korang rasa sapa yg menang? Sila lah kemukakan pendapat anda. Aku rasa Perancis kot. Hari ni kat TV3 semua pakai T-Shirt Euro, aku x pakai coz xbaca email, yg ari ni kena pakai t-shirt tu.Kalu aku tau aku dah sarung tshirt Itali aku. Actually aku dpt England punyer, tp aku tukar ngan member yg dpt Itali. emmm buat susah aku jer gosok baju kurung ari ni.

Rindu la Pulak

Korang penah tak rasa rindu masa zaman2 sekolah n masa study kat Uitm dulu? Aku rasa aku la yg plg menyampah masa nak pegi class, selalu ponteng coz nak sambung tido,.. heheheh rupa2nya time keje pun susah nak bangun tido, lebih2 lagi kalu aku tgk housemate aku 2 ekor lagi tu tgh terbungkam nyeyak lagi. Adoi, dulu kalu x masuk class ada la member n boypren tolong sain kan, skang mana leh dah, tupun kadang2 kalu dah terdesak sgt, sebab dah jam mcm giler, aku suruh gak sorang member ofis tolong sain kan,tp xkan hari2 nak surh dia malu gak kan.ishhh penat betul duk kat KL ni, mana2 mesti jam, sana sini TOL TOL TOL,.. Time ni la aku mula rindu nak balik kg, waaaa cuti aku tinggal 9 hari lagi, MC semua dah aku sapu, aku rindu nak balik, nak tido kat bilik aku (tido lagi)Dulu masa sek, kalu malas sgt aku nyorok dlm loker pagi tu, lepas warden chek aku kuar balik cont tido, coz malas punyer pasal, lebih lagi time matematik, bosan n x pandai. Anyway kalu terkenangkan balik, gelihati kan ,alah kiter bukan nyer jahat, tp nakal jer, maklum lah budak2 tgh membesar. Kat Uitm pulak, tpt kita mengenal dunia ngan lebih jauh, mata n minda pun terbukak besar la sket, emmm masa ni la nak cari boypren, girlpren. Cakap psl bercinta ni, bila la boypren aku nak dtg minang???

Tuesday, June 15, 2004

aper citer???

apa lagi share la

Oit budak2 maher n UiTM

korang buat apa skang??? Sapa yg dah kawin angkat tangan, yg dah ada anak angkat kaki. Hehehe. Sapa yg baru nak makan nasi minyak jgn lupa call aku and hantar kad kawin ke alamat umah aku. Kalu tak tahu alamat aku, call no.tel aku, Kalu dua2 tak tahu, sah kau bukan member aku. Pandai2 la cari sendiri ok.