Friday, October 29, 2004

Terima lah seadanye........

jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail..hendaklah kamu mengambil ikan itu..jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..ke dalam air begitu saja..kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..jangan terlalu mengharap pada takungannya..dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya..dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..sedangkan jika kamu memaafkannya..boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang kamu pasti baik untuk diri kamu..mengenyangkan..berkhasiat..mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..menyayangimu..mengasihimu..mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..kamu juga akan menyesal..

Monday, October 25, 2004

Apa2 la la labu.

Smlm aku gi umah Ila, tapi minah tu on d way balik, so tak sempat la jumpa. Hampeh ko Ila, aku dah cakap nak singgah umah ko kan. Nape la ko tak tinggal kad kawin ko kt Mijon. Nasib baik la minah tu ada, so dapat la aku mengisi masa lapang kt sana ngan infotainmen dr Mijon. Korang nak gi makan Eastin Hotel ek?? Kim salam la semua member, aku tak dapat la nak ikut. Lepas Raya maybe boleh, tupun kalu ada member yg dah kawin nak buat open house, hehehehhe.

Lagi 2 minggu dah balik kg, yabeda bedu, best nyer.

Thursday, October 21, 2004

Cuti Raya

Aku apply cuti 10 hb sampai 19hb. So aku balik kelate 9hb mlm sampai la 21 hb mlm. Best giler, sempat gak ler berpuasa kt umah, Insya Allah. Baju tunang pn dah siap cuma tak gi amik lai. Semuanyer dah siap kecuali cincin. Tak per cincin Tan akan belikan. Apa lai yer, make up aku dah beli, oh lupa kasut tak beli lai. Aku buat yg simple2 aje.

Baju raya dah nak siap, mintak2 la gaji dapat sblm aku balik, so boleh la beli biskut raya kt mak aku. Wei kt Kelate dah ada secret recipe, aku ingat nak tempah utk kek tunang. Wei korang2 yg dah bekerja, kena bagi duit raya ker???? Aku tak mampu lai la, nasib la takde anak sedara or cousin yg kenit2. Adik aku kalu dia mintak aku bagi penumbuk jer. hahahahha.


Friday, October 15, 2004

Coretan 1 Ramadan

Tadi masa on d way ke ofis, dgr radio Era, ada la sorang mamat ni dia nak lepaskn geram kt wife dia. 1st Ramadan, isteri dia dah tanya nak balik KG saper, pastu bini dia suruh balik kg dia. Pastu marah2 kononnyer husband dia tak nak jumpa mak dia la, tahun lepas dah balik umah mak mertua dia la, n bla bla. Masa husband dia hantar wife dia kt ofis, nampak la anting2 dlm keta, apa lai wife dia tuduh husband dia bawak pompuan lain dlm keta, walhal tu anting2 wife dia sendiri. Tapi aku tabik spring la kt husband dia, coz sanggup buat pengumuman kt Era yg Dia betul2 cintakn wife dia n nak kekal selamanyer, husband dia siap mention nama penuh wife dia lai. Pastu janji akan balik kg wife dia time raya ni. Dlm kul 8.58 Era announce ada kejutan utk laki tadi, tapi kau tak sempat nak dgr coz dah masuk ofis, budak ofis aku ckp Era nak call balik Wife dia, kalu korang tahu cerita selanjutnyer, cerita la kt aku.

Satu lai berita sensasi psl Biduanita kita. Smlm aku tgk nightline, Syarifah Aini kena belasah, org TV3 antar dia ke hospital, kalu korang baca berita harian ari ni, dia kena suntik ngan laki yg belasah dia tu, ish ish teruk kan, saper la yg jahat berhati binatang tu. Cuba bayangkn kalu cecair yg disuntik tu ialh virus. Org kt Malaysia sjang ni dah ramai yg jadi samseng.

Mlm ni gi terawih ker??? kalu kt seksyen 2 dulu rajin ler, coz surau sebelah jer. Dah la mlm ni citer Korea best, tapi kalu surau sebelah umah aku gi jer (alasan). Tgk ler mcm mana.


Thursday, October 14, 2004

3 stooges




Sajer je nak enterframe

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Hai Kawan2 yg dirahmati semua, Selamat menyambut kedatangan bulan yg paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Mlm ni dah start terawihkan, so rajin2 la pergi semayang terawih (hehheeh, mcm rajin). Time ni la yg buat aku sedih, coz rasa2 mcm nak balik kelate jer. Klau kt umah rajin gi semayang terawih ni coz parents aku esp ayah aku tak penah miss semayang terawih.
Klau malas sgt aku mesti pikir mcm ni, pahala pn dapat, dosa pn terhapus, n yg selalu aku dok pikir ialah, semayang terawih boleh kurus wooo. Kepala pn tak pening, mknn cepat hadam, so tak yah la korang lepas buka puasa belari keliling umah. So penting la utk aku kelihatan jelita time tunang, yes yes yes.
Puasa kt Kelate best woo, mknn dia dasyat, boleh rambang mata. Lepas ni nak apply cuti, puasa kt Kampung, yahoo.

Friday, October 08, 2004

Saper Menang

AKU SUKA LAGU "PUTERI" NYANYIAN ZAINAL ABIDIN!!!!

Suka sangat, nyanyi la kt kita, nyanyi ler. hehehhe...............NYANYI LA

Aku dapat 7 tiket vip utk Malaysian Idol, tak tahu lai samada nak gi ari ni or beshok. Klau tak jadi rugi la plak tiket ni, VIP lai tu. Korang rasa saper menang. Aku tak kisah saper mennag, tapi kalu boleh nak melayu la. Tapi aku rasa Jac kot. Korang rasa???

Wei Mala ajak kuar esok tak nak ker????

OK la lantak korang ler, have a nice weekend, see you next week!!!

Thursday, October 07, 2004

Puasa Ganti

Wahai kaum2 hawa, korang dah ganti puasa ker??? Aku lai 2 hari. Alkisah nyer aku puasa hari ni tapi tiba2 jer head aku nak belanja mkn, ish ish . Kalu korang nak tahu ni dah 2 kali aku buka puasa di siang hari gara2 org2 ofis aku ni mmg semuanyer kaki belanja mkn. Hari tu gi OU, pastu bau laksa, oh aku terpedaya lagi. Ari ni aku tak tau lai nak buka ke tak, tp mengikut perkiraan aku, heheh....
Kenapa la diorg ni nak belanja mkn time kbykn kaum2 hawa tgh dok bayar puasa. Sbb tu la kalu aku dtg ofis, klau org ajak breakfast awal2 lai dgn suara yg lantang supaya satu dept dengar, aku akn cakap "SAYA PUASA" so kalu aku nak buka puasa aku akn malu, kalu dah malu takkan nak buka puasa la, betul tak.
Tapi naper la ari ni takder org ajak aku breakfast supaya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata takder gear reverse. Huhhuuhu aku rasa aku buka puasa kot ari ni, tak tau la head aku nak belanja aper, kalu pizza mcm mana, ish ish, nipisnyer iman aku. Nasib baik la tinggal 2 hari lai. Hari tu aku dah terpedaya ngan KFC. Tapi aku rasa dia belanja nasi beriani kot, takpun sate. Smlm dah melantak sakan, maklum la buka puasa.
Klau aku buka puasa terpaksa la aku puasa sampai hari sabtu, mesti wokyos suka sbb nanti aku sama2 abis ngan dia, hampeh.


Yg Benar,

Aku yg hampeh

Wednesday, October 06, 2004

Al Fatihah

Aku baru jer baca email Ila, aku ingatkn dia nak antar cerita sadis yg tah apa2 kt aku. Tak sangka la pulak mak Wawa dah takder. Dia sakit apa?? Bila dia meninggal?? Wawa yg call ker?? Pastu kau pegi tak umah dia?? Apa2 pun aku doakn agar roh mak wawa dicucuri rahmat, Amin.

Aku dah lama tak post blog, busy giler lately ni, apa2pun aku curi gak masa nak post yg baru krn bos2 aku semuanyer meeting, yahooooo.

Dah ckp ke kt Mijun?? drpd jadi tak jadi gi muara, apakata dia tunaikn janji nyer utk buat house warming, so boleh la lepak lama2 sket, sembang2, syok gak.

Apa2pun utk Ila, x yah sedih lagi, doakn jer arwah ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.


Yg Benar,

Aku yg menagih janji, hehhe

Monday, October 04, 2004

OK LER

RASANYA sudah terlalu banyak filem perang yang saya tonton tetapi tidak sama dengan yang satu ini, Taegukgi. Melihat filem arahan Kang Jae-Kyu ini, saya terfikir sejenak, mampukah karyawan filem di negara kita ketika ini menghasilkan filem epik perang sehebat itu?
Soalnya, bukanlah kurang yakin dengan kemampuan orang sendiri tetapi dengan melihat apa yang pernah ditonjolkan dalam filem perang tempatan selama ini, ia cuma baru 20 peratus daripada apa yang ditonjolkan dalam Taegukgi. Tanyalah sesiapa yang menonton Taegukgi, tentu mereka setuju babak perangnya sehebat karya Hollywood. Itulah teknologi penggambaran dan kreatif tinggi yang masih belum kita capai. Ia tidak mustahil tetapi kita masih boleh belajar kerana pembikinan filem adalah salah satu proses pembelajaran. Sebagai orang Asia, saya tumpang berbangga dengan sentuhan karyawan Korea untuk filem lakonan Won Bin, Jang Dong-gun, Choi Min-shik, Lee Eun-joo dan Kong Hyung-jin ini. Sekurang-kurangnya saranan kerajaan kita satu ketika dulu yang menyeru rakyat mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur, masih lagi boleh diguna pakai. Tidak semua yang datang dari Barat itu emas bukan? Bagi saya, bukan saja teknik pembikinan Taegukgi yang begitu menggegarkan malah lakonan, mesej serta penceritaannya mampu melekat di fikiran selepas kita melangkah keluar dari pawagam. Mengikut fakta yang diberikan, Taegukgi dibuat penuh teliti dan perancangan rapi. Malah penyelidikan terutama pengumpulan data mengenai Perang Korea yang meletus pada 1950-an dibuat menerusi 1,000 buku sejarah dan mengambil masa lebih dua tahun. Bagi menampakkan penataan seni dan kostum berkesan, sebanyak 19,000 pakaian askar dan 1,000 pasang kasut ditempah khas. Filem ini juga menggunakan 1,000 senjata api seperti senapang dan meriam menerusi rekaan klasik. Selain itu, uji bakat pemilihan pelakon memakan tempoh sehingga enam bulan sementara 25,000 pelakon tambahan digunakan bagi semua babak perang dan zaman moden. Jadi anda tentu dapat bayangkan bagaimana besar dan hebatnya perang saudara yang pernah meletus antara wilayah utara dan selatan di Korea dulu . Tidak hanya tertumpu pada set semula jadi, mock-up set untuk menggambarkan kota Pyongyang juga dibina khas, tidak termasuk 20 lagi set tambahan untuk pelbagai babak sepanjang penggambaran selama sembilan bulan. Namun tidak ada gunanya kalau rekaan set dan props sesebuah filem itu gagah perkasa tetapi pengisian ceritanya hambar. Inilah faktor penting yang dititikberatkan pengarah Taegukgi dalam melahirkan sebuah kisah yang menyentuh hati penonton. Semua tahu perang pastinya menuntut titisan darah, air mata dan nyawa. Semua itulah berjaya digarap dengan hebat melalui filem ini. Taegukgi atau judul Inggerisnya, The Tale of Two Brothers, bertumpu pada kisah persaudaraan antara seorang abang, Jin-tae dan adik lelakinya Jin-suk. Mereka hidup dalam keadaan sederhana bersama ibu yang bisu selain tunangan, Jin-tae. Apabila perang meletus, kesilapan berlaku apabila dua beradik lelaki itu dikerah ke medan perang sedangkan mengikut syarat, sepatutnya hanya seorang lelaki saja dari satu keluarga yang perlu diambil berkhidmat. Namun, bersama semangat menentang fahaman komunis yang sudah meracuni wilayah utara, dua beradik itu tetap mara dan berjaya. Apabila pulang ke kampung, Jin-tae berubah sikap melihat tunangnya dibunuh kerana dituduh prokomunis dan menyangka Jin-suk terkorban dalam satu kebakaran. Kecewa dengan situasi itu, Jin-tae terus berpaling tadah lalu menyertai komunis di wilayah utara. Namun pada saat-saat itu, Jin-suk muncul mencari abangnya. Mereka bertemu semula di medan perang dan inilah kemuncak kisah menyayat hati. Anda perlu menonton sendiri Taegukgi untuk mengetahui kesudahannya. Bagi saya, permulaan filem ini (dalam bentuk imbas kembali) seakan Titanic sementara penamatnya pula bagaikan filem Asoka.



Dah tgk dah, sedih masa last. Abg dia mati katak mcm tu jer,, hampeh tak berbaloi langsung. Aku bagi 4 1/2 bintang dari 5.