Monday, October 04, 2004

OK LER

RASANYA sudah terlalu banyak filem perang yang saya tonton tetapi tidak sama dengan yang satu ini, Taegukgi. Melihat filem arahan Kang Jae-Kyu ini, saya terfikir sejenak, mampukah karyawan filem di negara kita ketika ini menghasilkan filem epik perang sehebat itu?
Soalnya, bukanlah kurang yakin dengan kemampuan orang sendiri tetapi dengan melihat apa yang pernah ditonjolkan dalam filem perang tempatan selama ini, ia cuma baru 20 peratus daripada apa yang ditonjolkan dalam Taegukgi. Tanyalah sesiapa yang menonton Taegukgi, tentu mereka setuju babak perangnya sehebat karya Hollywood. Itulah teknologi penggambaran dan kreatif tinggi yang masih belum kita capai. Ia tidak mustahil tetapi kita masih boleh belajar kerana pembikinan filem adalah salah satu proses pembelajaran. Sebagai orang Asia, saya tumpang berbangga dengan sentuhan karyawan Korea untuk filem lakonan Won Bin, Jang Dong-gun, Choi Min-shik, Lee Eun-joo dan Kong Hyung-jin ini. Sekurang-kurangnya saranan kerajaan kita satu ketika dulu yang menyeru rakyat mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur, masih lagi boleh diguna pakai. Tidak semua yang datang dari Barat itu emas bukan? Bagi saya, bukan saja teknik pembikinan Taegukgi yang begitu menggegarkan malah lakonan, mesej serta penceritaannya mampu melekat di fikiran selepas kita melangkah keluar dari pawagam. Mengikut fakta yang diberikan, Taegukgi dibuat penuh teliti dan perancangan rapi. Malah penyelidikan terutama pengumpulan data mengenai Perang Korea yang meletus pada 1950-an dibuat menerusi 1,000 buku sejarah dan mengambil masa lebih dua tahun. Bagi menampakkan penataan seni dan kostum berkesan, sebanyak 19,000 pakaian askar dan 1,000 pasang kasut ditempah khas. Filem ini juga menggunakan 1,000 senjata api seperti senapang dan meriam menerusi rekaan klasik. Selain itu, uji bakat pemilihan pelakon memakan tempoh sehingga enam bulan sementara 25,000 pelakon tambahan digunakan bagi semua babak perang dan zaman moden. Jadi anda tentu dapat bayangkan bagaimana besar dan hebatnya perang saudara yang pernah meletus antara wilayah utara dan selatan di Korea dulu . Tidak hanya tertumpu pada set semula jadi, mock-up set untuk menggambarkan kota Pyongyang juga dibina khas, tidak termasuk 20 lagi set tambahan untuk pelbagai babak sepanjang penggambaran selama sembilan bulan. Namun tidak ada gunanya kalau rekaan set dan props sesebuah filem itu gagah perkasa tetapi pengisian ceritanya hambar. Inilah faktor penting yang dititikberatkan pengarah Taegukgi dalam melahirkan sebuah kisah yang menyentuh hati penonton. Semua tahu perang pastinya menuntut titisan darah, air mata dan nyawa. Semua itulah berjaya digarap dengan hebat melalui filem ini. Taegukgi atau judul Inggerisnya, The Tale of Two Brothers, bertumpu pada kisah persaudaraan antara seorang abang, Jin-tae dan adik lelakinya Jin-suk. Mereka hidup dalam keadaan sederhana bersama ibu yang bisu selain tunangan, Jin-tae. Apabila perang meletus, kesilapan berlaku apabila dua beradik lelaki itu dikerah ke medan perang sedangkan mengikut syarat, sepatutnya hanya seorang lelaki saja dari satu keluarga yang perlu diambil berkhidmat. Namun, bersama semangat menentang fahaman komunis yang sudah meracuni wilayah utara, dua beradik itu tetap mara dan berjaya. Apabila pulang ke kampung, Jin-tae berubah sikap melihat tunangnya dibunuh kerana dituduh prokomunis dan menyangka Jin-suk terkorban dalam satu kebakaran. Kecewa dengan situasi itu, Jin-tae terus berpaling tadah lalu menyertai komunis di wilayah utara. Namun pada saat-saat itu, Jin-suk muncul mencari abangnya. Mereka bertemu semula di medan perang dan inilah kemuncak kisah menyayat hati. Anda perlu menonton sendiri Taegukgi untuk mengetahui kesudahannya. Bagi saya, permulaan filem ini (dalam bentuk imbas kembali) seakan Titanic sementara penamatnya pula bagaikan filem Asoka.



Dah tgk dah, sedih masa last. Abg dia mati katak mcm tu jer,, hampeh tak berbaloi langsung. Aku bagi 4 1/2 bintang dari 5.

3 comments:

Shima said...

kshima tgk 2 kali citer tu. heheh

Anonymous said...

memang best tengok cite tue>>>>
Ni pun tengok cite Taegukgi pasal kak shima bagi komen cite ni dalam bolg kak shima..ternyata tak rugiler tengok cite tue..memang betul lah kata kak shima, kalu hati keras pun tanpa disedari menitis gak air mata hehehehehe anatar babak sedih kat dalam cite tue ialah masa adik dia kena amik jadi askar, pastue masa tunang hero tue kena tembak, pastue hero sangka adik dia dah mati terbakar....tapi kiranya memang sedih yang berbaloi jika dibandingkan dengan cite kisah cinta yang hampeh terutamanya cite hidustan ...Dalam bersedih tue pun ada gak diselitkan aksi2 hebat..
Tan tak sabar nak tunggu cite ni dalam DVD or VCD..Tan bagi 4 1/2 bintang tuk cite nie..

p/s: tak puas tengok sekali, nak tngok berkali-kali baru best.

By Anatanoe

mariana said...

Eleh, org dah lama ajak, lepas wani tgk citer tu ari tu. Apa2 pun mmg best la citer tu, cuma kadang2 loya tekak tgk adegan sadis n muntah2 tu. yarkkk