Friday, July 30, 2004

hai hai

boring lagi. Hari nak dekat separuh hari kat ofis pc anywere masuk kat pc aku utk trouleshoot bms punyer prob. So aku pun melayari internet dgn dedikasi nyer di pc server. Tadi masa semayang jumaat aku turun beli lunch terserempak ngan budak2 Malaysia Idol 3rd worksop. Yg lain aku tak perasan sgt, yg aku perasan budak dr Sarawak yg nama Saiful tu. Patut la Roslan Aziz ingat dia pompuan. Budak tu mmg cute sgt. Kulit muka dia mcm kulit muka pompuan, kecik jer org nyer. Sapa2 nak tgk wayang tgk la citer beautiful boxer dr Thailand. Mesti memberi satu kelainan laipun it is based on true story. OK HAVE A NICE WEEKEND.

PS:// JGN LUPA AFUNDI ADAM N KAER, N FARAH.

11 comments:

Unknown said...

kihkihkih.. tadi baru habis siaran langsung AF minggu 8.. memang sangat terkuzut linda yang keluar.. macam tak percaya.. patut ada pelajar lain yang lebih layak keluar patutnya tapi masih gagah+shielded by sms orang malaysia yang.. ahaks, tak percaya betul..!!

satu je yang ku dapat rasakan.. kalau MAS tak keluar minggu depan.. tak kiralah pelajar terbaik, pelajar terkiut, pelajar apa pun bagus.. akan semua kalah di tangan MAS... MAS akan juara.. kenapa?? satu tawau sanggup menghabiskan rm50 seorang semata2 untuk pastikan MAS tetap dalam AF dan tak mustahil dia akan jadi juara kalau dia tak tersingkir minggu depan.. pada ramalanku lah

Shima said...

heheh..ulasan brita ke ni? anyway, nk komen byk2 pun malas..for sure la...AF result is a waste of good talent!

Shima said...

ana, mmg betul la saiful tu cam pompuan. aritu pun diaorg ada dtg sini...lelaki yg bulu kening lebat tu pun ada. tp hebat la sbb si saiful tu blh buatkan paul moss n roslan bertekak sbb dia. hehhe..

Unknown said...

kalau 1st malaysia idol... ku harapkan JAC yang jadi wakil malaysia nanti.. pasal suara dia je yang mampu lawan si FANTASIA tu... nak hanta kak siti nur, memang tak layak...

mariana said...

Ye la sbb suara Jac jer yg mcm mickey mouse ala2 fantasia barrino. Kalu la format AF ditukar kpd sms pd sapa2 yg tak layak. Skang gak aku top up kredit aku utk out kan asmah ghani. Jgn Farah n Kaer lak yg kura sbb Mas.

Anonymous said...

duit cukup ker tuk buang undi sms???
alooo..nak lawan ngan MAS??? soriler yeee dia punyer peminat ramia sangat tau..meskipun pada hakikatnya dia tue memang tak best tau..orang sabah kawasan daerah lain pun tak puas hati ngan dia tau...eeee geramnyer. dahler LInda tue, gua minat habisyyy kat dia. rsanya anatara ketiga-tiga peserta dari sabah, LInda is the best. Apapun kita takleh nak salahkan MAS, ni semua pasal peminat MAs yang berada di merata tempat, bukan sahaja kat TAWau..itue kena ingat tau. (coz she is innocent girl)

p/s: inilah dikatakan dengan tarikan peminat mengundi ngan sms...kita kena ingat, peminat bukan sahaja meminati dari segi nyayian belaka sahaja, tetapi dari segi gaya dan tingkah laku pun kita kena amik kira...samalah seperti era fazira, harap jer muka lawa, tapi bab nyanyi hamper............

By anatanoe..

mariana said...

Well mmg la Mas tu innocent but xkan dia x terasa yg sbb dia ramai yg kuar. Klau dia sedar dia patut lebih tumpukn perhatian n improve vokal. So kalu dia perform bagus berbaloi la org lain kuar. Mcm Erra harap muka, tapi Mas satu pn takleh harap.

Anonymous said...

ok tak ok(ikut stail linda)
cuba fikir camnie dari beribu-ribu orang yang amik bahagian dlm AF hanya 12 peserta jer yang layak.....bukan senang nak pilih oiiii tapi dalam kes MAS nie mesti ada sebabnyer mengapa dia terpilih. So jangan nak main tala sahaja hentam mas okay..there has been a professional jury take part on the decision for the participant okayyyy... apapun diharapkan pengundi MAS tue sedar, yang MAS hanya bersandarkan pada simpati belaka..

p/s: kalu camniee MAS leh berlakon jadi watak pompuan jahat sama cam Anita sarawak yang dulu.

By Anatanoe

mariana said...

Susah2. kalu dah bersemangat kenegerian ni. Masa tu maybe la best Mas nyanyi. Sama mcm 1st konsert pun best gak. N the rest hampeh giler. Manusia mana tak buta silap even juri skali pun. But 1st mistake in forgiven but kalu lepas tu asyik buat silap jer, takkan la nak pekakkn mata n butakn telinga. Tepuk dada tanya selera.

Unknown said...

Cerita AF tak habis2 lagi. Seorang lagi pelajar yang akan tersingkir dan ramailah yang sedang mencongak2 siapa pelajar yang akan maju sebagai finalist nanti. Setelah 8 minggu ku ikuti tak termasuk 9 minggu masa vince menang dulu, yang ku rasa patut barada pada carta top 5+finalist adalah:

1. Zahid – Sungguh versatile + bijak menarik perhatian penonton bila dia di pentas.
2. Bob – versatile dan suara terbaik tapi lebih berbakat membebel… (ku setujulah kalau dia join Nana AF1 jadi dj radio)
3. Zarina – versatile sengau dia yang menambah perisa lagu
4. Linda – Versatile cuma dia perlu memperbaiki ‘telo’nya (bila ku tengok Linda + dengar dia bercakap bernyanyi, teringat ku pada kak Adeline Oris Peter yang lebih kurang telo nyanyi+cakapnya dengan Linda…)
5. Edlin – ku percaya ada sesuatu pada suara dia tapi tak sempat nak tunjuk sebab orang ramai tak setuju dengan gossip dia+Anding.

Yang lain ni patut berusaha lebih dan mengambil kesempatan belajar dalam AF ni…

6. Farah – suara lunak, beza dengan edlin, farah dapat bertahan dan kita dapat tengok dia nyanyi lebih lama.
7. Anding – penghayatan memang kelas tapi suara rendah…
8. Nurul – suara halus+nyaring
9. Kaer – suara best tapi tak dapat nak beri perbezaan pada nyanyian, maksud ku; lagu rock nyanyi r&b, lagu oldie nyanyi r&b jadi terdengar macam tak sedap… nasib baik Ramli M.S tak bagi dia lagu rap…
10. Adam – macam KRU, lagu sedap, menari hebat tapi vocal…!!?? Korang mesti ingat juara lagu dulu masa KRU nyanyi live… macam tulah rupanya…
11. Fitri – suara low tone… sangat rendah dan tak boleh rasanya nak menjerit…
12. Mas – unimproved…

Minta maaflah kalau ada yang tak setuju tapi ini hanya pendapat ku je… pendapat orang lain mungkin lain… yang pasti AF ni dapat membuatkan kita, Malaysian menjadi masyarakat yang mengambil berat… maksudnya, orang pernah menuduk kita sebagai orang yang tak mengambil berat bila berlaku perperangan iraq, baitulmaqdis dan beberapa lagi konflik dunia… tapi sebenarnya kita masih ada sifat2 tu…

mariana said...

Setelah ku kaji2 spjg aku tgk budak2 AF2 ni aku rasa la yg patut top5 ialah
1) Farah
2) Linda
3) Bob
4) Zahid
5) Kaer

Tapi sbb aku ni manusia biasa, hehheheh aku nak Adam la jadi top 5, buang jer la sape3 kat atas kecuali Kaer n Farah. So memandangkn Linda dah kuar, harap2 Mas la yg kuar minggu ni. Amin