Monday, August 02, 2004

LEAVING ON A JET PLANE

Linda mangsa emosi penonton?
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

KECEWA, terkejut dan membentak apabila keputusan Akademi Fantasia 2 (AF2), malam kelmarin menyaksikan Linda, peserta pilihan ramai tersingkir?
Apakah anda juga menangis apabila tragedi yang menimpa Zarina, dua minggu lalu, berulang dan kali ini menimpa sahabat baiknya? Lalu, apa lagi alasan perlu dicari untuk memuaskan hati? Menyalahkan Mas kerana masih terus bertahan walaupun saban minggu gagal memberikan persembahan memberangsangkan? Lemparkan seluruh kekecewaan yang terbuku di hati kerana yang pasti, Linda tidak mungkin kembali ke AF2. Pelajar dari Ranau, Sabah yang dikatakan memiliki ‘wajah pesona bintang’ akhirnya terpaksa akur dengan kehendak undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak berpihak kepadanya. Linda adalah mangsa keenam SMS yang terlebih dulu menggelapkan kerdipan bintang Edlin, Fitri, Anding, Zarina dan Nurul di persada AF2. Mengapa Linda yang perlu menjadi mangsa? Sekiranya itu yang ingin ditanyakan, mengapa tidak balikkan pertanyaan itu kepada diri sendiri? Anda mahu bakat Linda terus bersinar di AF2, malangnya, anda tidak bersikap jujur kerana mungkir menjalankan kewajipan bagi memastikan dia terus bertahan. Penyingkiran Linda menjadi bukti bakat dan pakej yang dimiliki bukan tiket untuk memenangi fantasi hati penonton. Sebaliknya, banyak faktor lain yang menyebabkan pelajar berusia 19 tahun itu keluar. Walaupun sudah menyempurnakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan baik setiap minggu, diberikan pula lagu dari pelbagai genre, bakat Linda gagal menyinar. Barangkali penonton lupa kepada peserta ini kerana pada permulaan konsert ke lapan, Linda kembali menduduki tangga teratas selepas beberapa minggu Zahid dan Mas mendahuluinya. Sepanjang lapan minggu di AF2, kedudukan Linda sebenarnya tidak pernah rapuh. Undian yang mencurah meletakkan dia sentiasa berada pada tangga tiga teratas. Sejak awal konsert pertama lagi, Linda sering mendahului 11 rakannya dengan jurang purata undian yang agak selesa. Namun, itulah kuasa SMS. Fantasi indah Linda akhirnya diranapkan oleh peminatnya sendiri. Menyorot perkembangan Linda selama lapan minggu di AF2, prestasi persembahan pelajar yang memiliki nama penuh, Nurlinda Nanuwil ini tidak begitu konsisten. Linda begitu mengagumkan pada tiga konsert pertama apabila berjaya menarik perhatian dengan kekuatan vokalnya yang hebat menerusi lagu Tak Tahan Lagi, Semoga Abadi dan Leaving On A Jet Plane. Prestasi persembahannya mula merosot apabila diberi tanggung jawab membawakan lagu yang pernah dipopularkan Ziana Zain, Madah Berhelah. Dia seperti tidak bersungguh-sungguh, persembahannya juga tidak bermaya. Linda sekali lagi menghampakan apabila membawakan lagu Bunga Melur. Dia seperti tidak memberikan sepenuh tenaga untuk menghidupkan sentuhan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu. Bagaimanapun, pada minggu keenam, dia bangkit menebus maruah. Panti Asuhan lagu penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menyerlahkan kecemerlangan vokal Linda. Namun, dia kembali tidak konsisten pada minggu lalu apabila gagal memberi tenaga kepada lagu Akan Ku Tunggu. Malam kelmarin juga, Linda tidak memberikan sepenuh hati dan mutu persembahannya agak ‘tawar’. Nasib Linda sudah ditentukan. Sedihnya Mas yang tidak berdosa menjadi mangsa ketidakpuasan hati dengan keputusan yang diumumkan. Meskipun Mas adalah pelajar paling lemah, tetapi bukan kehendaknya untuk terus bertahan di AF2. Peminat yang menentukan dan kerana itu, apabila dia di’boo’ penonton sewaktu Linda melangkah keluar, Mas mempamerkan wajah keliru. Salahkah Mas andai undian peminat berterusan dan membawanya hingga ke peringkat akhir walaupun dia masih gagal mempamerkan mutu vokal yang membanggakan pada konsert, malam kelmarin? Mas masih mengecewakan pada konsert ke-8 walaupun ada sedikit peningkatan berbanding minggu lalu. Dia seperti sudah tidak mampu lagi untuk bersaing dengan rakan-rakannya yang jelas semakin cemerlang dan meyakinkan. Adam pula gagal menghidupkan lagu yang dipopularkan mendiang Broery Marantika, Kasih. Di tangan Adam, Kasih menjadi hambar dan tidak bermaya. Cukup kesal kerana Adam tidak memanfaatkan ilmu yang ditimba untuk membuktikan dirinya berkemampuan untuk memberi saingan. Nasibnya baik kerana dia punya ramai peminat, terutama wanita kerana berwajah kacak. Empat peserta lain iaitu Zahid, Bob, Farah dan Kaer membuktikan keunggulan dengan memperlihatkan kesungguhan mereka untuk menempa tiket ke konsert akhir. Zahid dengan penuh perasaan melontarkan Semusim nyanyian Marcell dengan baik. Vokalnya yang dinamik mendapat pujian pengkritik, Anuar Zain. Farah menunjukkan tahap keyakinan yang semakin tinggi apabila berjaya melunaskan Bebas Berlari daripada Nora begitu cemerlang. Kawalan vokalnya juga pada tahap terbaik dan tidak mustahil, dia bakal menjadi penyanyi dihormati jika terus berusaha. Bob membuktikan dia adalah penyanyi versatile apabila membawa baik lagu Too Phat, Alhamdulillah. Namun, kemuncak pada malam itu ialah persembahan Kaer. Dia seperti mendapat semula semangatnya yang hilang dan memberikan persembahan penuh bertenaga dan hidup menerusi lagu, Mentera Semerah Padi. Kini tinggal enam lagi pelajar yang meneruskan cabaran iaitu Farah, Mas, Adam, Zahid, Bob dan Kaer. Pastinya, seorang lagi pelajar akan tersingkir sebelum acara kemuncak berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 14 Ogos ini. Siapa? Anda yang menentukannya!



PS://AKU GERAM GERAM GERAM NGAN PEMINAT MAS YG BODOH, BUTA DAN TULI.

7 comments:

mariana said...

Kalu baca beria harian.Satu Ranau berkabung air mata coz linda kuar. well nasi sudah jadi bubur. utk Mala, pertanyaaan ko smlm ialah aku bukan setakat bersetuju ngan mufti, malah aku suka giler. U got served.

Anonymous said...

ak pun tension gak linda kuar
tp serve her right
confidence sesgt tp tak best ler final takder dia
sian fit3 tak dpt nak buat bju utk dia
apa2 pun
vote kaer ngan zahid ngan bob

pony

mariana said...

Pony kau duk n keje kat mana skang ni. Rindu la kat korang semua. Jom la buat barbeque....

Anonymous said...

oohhhhh LInda!!!
macam kureng mood dah nak tengok AF sejak kehilangan LInda...agak-agaknyer lepas ni dia keje aper yea????

by Anatanoe//

Anonymous said...

aku duk kat ampang,widuri apartment
tp kerja kat keramat blkg ngan opis kru
aku pun ingat nak jumpa gak
mana tahu korang ada gosip best2 ker?
tapi bila yek???
rumah aku tak blh nak buat bbq psl apartment
tp klau nak dtg blh gak

pony

Unknown said...

pony...
kirim salam kat norman kru...
hensemlah diaa... auwwww..!!

Anonymous said...

norman tk pernah jumpa
tp edry selalu tapi takper
nanti jumpa saya sampaikan salam

pony yg comel